Assalamualaikum ustaz.
Suami saya berubah sikap dan mula melanggan perempuan sama ada Melayu, Cina dan Siam selepas naik pangkat sejak empat tahun lalu.
Pada akhir tahun lalu, suami saya mengaku tersilap jalan selama empat tahun itu. Hati saya hancur berkecai, apa salah saya sehingga dia buat saya begini. Saya tidak beritahu anak-anak kerana malu kalau anak tahu ayah mereka sudah tua buat perangai begini.
Apa yang harus saya buat? Adakah perceraian jalan terbaik untuk saya dan anak-anak.
Kak Za, Kuantan, Pahang.
UKE: Waalaikumsalam Kak Za. Kalau suami Kak Za sekarang telah bertaubat dan berubah, menjadi orang yang baik serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, maka adalah baik jika Kak Za berdamai semula dengan suami. Memang saya tahu hati Kak Za kecewa dan hati Kak Za sangat sedih tapi apa salahnya Kak Za beri peluang kedua kepadanya.
Mungkin selepas ini, dia akan menjadi lebih baik kerana dia pernah melakukan kesalahan dan telah membuat pengakuan di depan Kak Za. Tutuplah aib suami di depan anak-anak dan kalau Kak Za rasa tak boleh hidup lagi dengannya, terpulanglah pada Kak Za untuk meminta cerai atau tidak. Saya hanya boleh memberi nasihat. Apa-apa keputusan di tangan Kak Za.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment