Mohamad Salam Buardi, 35, berkata, di menyedari akan kewujudan skru itu setelah anaknya meminta tolongnya untuk membuka penutup jeli terbabit. Selepas membuka beliau terkejut kerana terlihat skru di dalam jeli itu.
“Ketika saya mahu buka bungkusan salah satu jeli, saya nampak ada benda pelik dalam bungkusan tersebut.
“Apabila saya periksa, saya terkejut apabila jeli perisa buah-buahan itu mengandungi skru besi. Saya bersyukur kerana anak tidak makan jeli itu, jika tidak pasti berlaku kejadian tidak diingini,” katanya
Kerana kejadian ini beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Teluk Intan untuk tindakan lanjut.
"Dalam masa sama saya juga membuat laporan kepada pihak Jabatan Kesihatan supaya tindakan tegas dikenakan kepada pengeluar jeli buah-buahan yang didakwa cuai ketika membungkus makanan tersebut,"
Tindakan ini dibuat untuk mengelakkan perkara ini terjadi kepada orang lain kerana kanak-kanak tidak tahu apa-apa. Beliau juga menasihaktan orang ramai supaya berhati-hati untuk memberi sesuatu makanan kepada anak-anak.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment