Khas pada lelaki sahaja.
Gambar ini mungkin mimpi indah untuk semua lelaki yang ada caranya tersendiri dalam perkahwinan. Tetapi ia adalah mimpi buruk buat para wanita.
Tiada pelamin, tiada meja makan khas, tiada kompang bertalu, tiada kek bertingkat-tingkat, tiada hantaran beribu-ribu.
Bukan si lelaki tidak mampu, tetapi hanya mahu kesederhanaan dalam setiap permulaan. Hanya semata-mata mencari redha.
Bagi wanita, alasan yang biasa mereka guna,
"Perempuan kalau kahwin, nak sekali je. Lelaki tak apalah, boleh kahwin banyak kali. Jadi, apa salahnya buat 'grand²' sikit!!"
Kita mesti dapat bezakan sama ada wanita itu solehah ataupun wanita itu mengikut nafsu ketika berbicara.
Tak salah mengikut adat, tetapi lebih baik mengikut agama. Bukan tak mampu, cuma lelaki ada pandangan yang jauh sikit. Sebab itu darjat ketua keluarga dimilik lelaki.
Bagi perempuan, hakislah sifat bersaing sesama sendiri.
Gambar ini, diambil dari internet yang menceritakan hari perkahwinan sepasang suami isteri yang dipandang mulia ramai pihak.
Tanyalah pada wanita-wanita sekarang, sanggup tak kahwin dengan cara sederhana seperti ini? Anda nilailah sendiri jawapan mereka itu nanti.
Ingat, kita dapat bezakan wanita itu macam mana. Hati-hati dengan wanita, kalau mereka hormatkan kita, insha Allah wanita itu senang dipimpin. Pilihlah dia sebagai pelengkap dunia akhirat kita.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment