Hancur luluh hati seorang isteri apabila terjumpa video aksi lucah suaminya bersama beberapa wanita lain yang disembunyikan dalam laptop.
Wanita berusia 24 tahun itu terjumpa rakaman video seks berkenaan secara tidak sengaja ketika sedang mengemas rumah mereka di Salak Selatan.
Mangsa terjumpa laptop suaminya yang masih belum ditutup. Mangsa kemudiannya cuba menutup laptop itu, namun terkejut apabila terjumpa satu fail video yang mencurigakan.
Sebaik saja dibuka, mangsa terkejut melihat video itu mengandungi rakaman video suaminya sedang melakukan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenalinya.
Sedih dengan penemuan itu, mangsa kemudian meminta penjelasan daripada suaminya mengenai video panas itu.
Namun, si suami terus mengamuk dan mengarahkan mangsa tidak mencampuri urusannya.
Namun, pertengkaran berlaku menyebabkan lelaki itu mengamuk dan menampar pipi isterinya. Tidak cukup dengan itu, dia juga menumbuk muka mangsa berulang kali sehingga bibir mangsa pecah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment