Menerusi kenyataan yang di keluarkan oleh Wardina Safiyyah tentang isu buli yang kerap berlaku kebelakangan ini dengan menyalahkan filem-filem gengster tempatan. Turut terkesan dengan kenyataan Wardina, Yusof Haslam mengangap bahawa tindakan pelakon itu tidak matang.
Yusof turut berkata, tindakan Wardina Safiyyah yang mempunyai pelajaran tinggi tidak sepatutnya menunding jari pada mana-mana pihak tanpa mengkaji punca gejala sosial dan buli itu terjadi di kalangan remaja masakini.
Kata Yusof Haslam lagi kepada mstar:-
"Saya tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana ia lebih berunsur emosi tanpa berfikir secara matang. Dia melihat pada skop di satu pihak sahaja.
"Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan?
"Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya?,"
Pada Khamis lalu menerusi media sosial facebook Wardina Safiyyah dia meminta agar penerbit filem berunsur gengster bertanggungjawap diatas kes buli yang melibatkan pelajar sekolah yang semakin menjadi-jadi sejak akhir ini.
Wardina Safiyyah turut berkata lambakan filem gengster yang ditayangkan memberi inspirasi kepada remaja untuk meniru aksi ganas terbabit.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 3 comments... read them below or add one }
sama ada secara sedar atau tidak, filem, drama memang memainkan peranan dalam mempengaruhi kehidupan. seorang budak berusia 5 tahun pernah terjun dari rumah flat tingkat 2 gara-gara meniru aksi superman. sewaktu ibu dan nenek bertanya kenapa abang terjun? budak berusia 5 tahun menjawab, abang ingat boleh terbang macam superman. mungkin sesetengah pembuat filem berkata, niat mereka nak beri pengajaran jadi jangan ikut yang bukan-bukan. tapi sedarkah kita bila setiap filem memaparkan aksi ganas yang sepatutnya tidak ditiru, minda tidak sedar kita sebenarnya diajar untuk meniru perbuatan dan aksi ganas itu. well, kalau nak dihujahkan memang panjang. hari hari disogokkan dengan keganasan, cam ner nak suruh jangan jadi ganas?
November 9, 2014 at 9:56 PM
Remaja sekrang mudah mengikut media masa sekarang
November 9, 2014 at 11:47 PM
bodoh noob,kes buli sejak 20tahun dulu dah ade.lagi hebat.cuma x rakam jer..noob malay
November 11, 2014 at 4:11 PM
Post a Comment