Zizan Razak ternyata terkejut apabia berita dirinya disaman bekas rakan yang juga pengurusnya iaitu Marina Juki tersebar di laman sosial dan akhbar.
Zizan juga mendedahkan kekecewaannya dengan Marina Juki kerana menyebarkan berita itu kepada media selain mengganggu tumpuannya untuk bekerja.
Zizan Razak juga yakin dia di piha yang benar dan tidak melakukan kesalahan.
Ini komen Zizan Razak: mStar
"Ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui tentang tindakan saman ini ketika ia disiarkan melalui media.
"Saya berasa sedih dan kecewa apabila dia (Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar terlebih dahulu tanpa menghubungi saya atau peguam saya.
"Ini membuatkan saya benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat-saat saya sedang sibuk dengan pelbagai tugas kerja yang memerlukan saya memberi sepenuh perhatian,"
"Saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak.
"Memandangkan hal ini berkaitan dengan undang-undang, saya tidak berani memberikan komen lebih lanjut dan hanya menyerahkan perkara ini kepada peguam saya untuk melakukan yang terbaik,"
Zizan Razak kini sedang memberi fokus penuh kepada pentas Maharaja Lawak Mega yang mana dia bergabung dengan kumpulan Jambu membentuk Virus.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment