SEREMBAN 2 Dis. - Sebanyak 13 kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Seremban - Kuala Pilah selepas sebuah lori tangki membawa minyak kelapa sawit dirempuh daripada belakang oleh sebuah lori lain menyebabkan minyak tumpah di jalan raya.
Menurut sumber bomba dan penyelamat negeri, kejadian berlaku sekitar pukul 11 pagi ini dan kenderaan yang berlanggar dan terbabas berlanggar belakang kenderaan antara satu sama lain, berpunca daripada tumpahan minyak kelapa sawit berkenaan.
Kenderaan yang terlibat adalah sebuah lori treler, dua buah lori tangki, lapan buah kereta, sebuah bas dan satu lori ‘pick up’.
Setakat ini tiada mangsa dilaporkan parah manakala beberapa mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah dibawa ke hospital berhampiran oleh orang ramai.
Ketika ini kerja membersih dan pemantauan di lokasi sedang dilakukan agensi keselamatan dan penyelamat.
Pengguna jalan raya yang menggunakan laluan tersebut dinasihatkan supaya berhati-hati kerana laluan di situ licin akibat kebocoran tangki dan tumpahan minyak kelapa sawit daripada lori yang terlibat kemalangan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment