ONEXOX
BannerFans.com

500 Mangsa Banjir Di SMK Manek Urai Sah Dalam Bahaya

on Wednesday, December 24, 2014



Seramai 500 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai kini berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah.

Lokasi tersebut dibuka bagi dijadikan pusat pemindahan awal pagi semalam kini dilanda banjir teruk dan kesemua mangsa berada di tingkat empat bangunan sekolah itu.




Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan menyatakan pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang tadi kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.

“Kami tidak tahu di mana mahu menempatkan kesemua 500 mangsa itu. Kita juga tidak menyangka pusat pemindahan berkenaan turut ditenggelami air. Kami hanya mampu menghantar anggota bomba untuk mententeramkan keadaan mangsa di sana supaya tidak panik,” katanya.





Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved