ONEXOX

Ada 7 Pesawat Lain Terbang Berhampiran Pesawat QZ8501

on Monday, December 29, 2014




Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilaporkan terbang tidak jauh dari tujuh lagi pesawat lain sebelum ia dilaporkan terputus hubungan pada jam 7.24 pagi, semalam.

Memetik laporan Detiknews.com, tujuh pesawat tersebut ialah:

1. Garuda Indonesia 500 Jakarta-Pontianak (ketinggian 35,000 kaki)

2. Lion Air 320 Jakarta-Pontianak (ketinggian 35,000 kaki)

3. Lion Air 626 Jakarta-Balikpapan (ketinggian 36,000 kaki)

4. Uni Emirates Arab 406 Melbourne-Kuala Lumpur (ketinggian 36,000 kaki)

5. AirAsia 502 Denpasar-Singapura (ketinggian 38,000 kaki)

6. Garuda Indonesia 602 Jakarta-Manado (ketinggian 29,000 kaki)

7. AirAsia 550 Denpasar-Kuala Lumpur (ketinggian 34,000 kaki)

Menurut Pengarah Keselamatan dan Piawaian Airnav Indonesia, Wisnu Darjono, tiga daripada tujuh pesawat itu terbang sejalur dengan pesawat QZ8501.





“Jadi ada pesawat-pesawat lain ketika AirAsia minta untuk terbang pada ketinggian 38,000 kaki, maka dari 32,000 ke 38,000, ada jarak ketinggian yang harus dilalui. Jarak harus cukup selamat dan tidak membahayakan penerbangan lain,” jelas Wisnu.

Kenyataan itu sekaligus memberi jawapan terperinci mengenai isu permintaan juruterbang pesawat untuk terbang lebih tinggi ditolak oleh pihak kawalan trafik udara (ATC).

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved