ONEXOX
BannerFans.com

Astro Ketepi Yuran Langganan Mangsa Banjir

on Wednesday, December 31, 2014



SUSULAN bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri, syarikat TV berbayar satelit, Astro mengambil inisiatif untuk mengetepikan yuran langganan pelanggannya yang terjejas.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Astro kepada Sinar Harian Online, hari ini, pengetepian yuran itu berlaku sehingga tempoh enam bulan.

“Berikutan banjir yang melanda, Astro menawarkan kepada pelanggan yang terjejas akibat banjir, penukaran pakej yang dilanggan kepada pakej Astro Family Pack dengan pengetepian yuran langganan sehingga 6 bulan dan penggantian set dekoder tanpa kos tambahan, tertakluk pada syarat dan peraturan.




“Apabila keadaan semakin pulih, pelanggan boleh menghubungi pihak Astro untuk kembali ke pakej asal,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, tersebar di media sosial tentang permintaan salah seorang mangsa banjir yang memohon agar pihak Astro mengecualikan yuran langganan sehingga tiga bulan ekoran bencana itu telah merosakkan TV serta dekoder Astro milik mereka

Melalui permintaan itu juga, mangsa meminta agar dekoder dapat diganti secara percuma selepas ditenggelami air.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved