PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini, harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliter.
Harga baru bagi bahan api itu turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter bagi RON97.
Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun sebanyak 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.
Pada 21 November lalu, Kabinet memutuskan bahawa penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti yang dilakukan untuk penetapan harga RON97 sejak Julai 2010.
Berikutan itu, pada 1 Disember lalu, harga jualan runcit RON95 diturunkan empat sen kepada RM2.26 seliter, manakala diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter.
Harga runcit petroleum di negara ini ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak tahun 1983, iaitu kerajaan menetapkan harga runcit pada suatu paras tertentu dengan sebarang perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment