Hari ini saya telah menaja Pembantu Rumah saya yang bernama Pn. SAMA untuk menunaikan UMRAH di Tanah Suci Arab Saudi. Beliau telah berkhidmat sebagai pembantu di rumah saya sejak tahun 2002.
Beliau yang kini berumur 47 tahun (13 tahun )adalah seorang yg bertanggungjawab dan amanah serta rajin dlm melaksanakan tugas. Walaupun beliau datang sebagai pembantu rumah tetapi kini beliau sudah menjadi sebagai seorang ahli keluarga saya. Sebenarnya saya telah berhasrat hendak menghantar beliau ke Saudi pada tahun 2011 tetapi oleh kerana ada masalah Visa ( pd ketika itu umur beliau bawah 45 dan utk ke Saudi perlukan Mahram ) saya telah tangguhkan sehingga ke tahun ini.
Walaupun saya sekeluarga beragama Hindu dan Vegetarian tetapi hak beliau sebagai seorang Islam sentiasa diberi keutamaan oleh seisi keluarga.
Beliau begitu gembira terus menitiskan air mata apabila saya maklum dua minggu lepas bahawa beliau ak ke ke Mekka dan Madina utk menunaikan UMRAH melalui tajaan saya. Beliau telah ke Jakarta pada 29-12-2014 dan akan ke Jeddah Pd 24-11-2014. Sempena perjalanan beliau ke Tanah Suci Mekah,
Satu Majlis TAHLIL dan bacaan DOA Selamat telah saya adakan di rumah saya dgn dipimpin Tn. Imam Haniff dari Masjid Rahmania Bahau dihadiri Kenalan Pn. SAMA seramai 12 orang.
Marilah kita sama-sama berdoa agar keinginan beliau sejak dahulu lagi untuk melangkah ke Tanah Suci Mekah dan seterusnya menunaikan UMRAH akan mendapat Restu Tuhan Yg Maha Kuasa.
Ini adalah Rezeki beliau. Walaupun saya beragama Hindu, Sy berasa begitu gembira kr tuhan memberikan sy peluang utk menaja Pembantu rumah sy Pn. SAMA ke Tanah Suci Mekah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment