Akhbar The Washington Post semalam melaporkan mengenai aktiviti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) yang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Kanehoe Bay, Hawaii sehingga menjadi viral di negara ini.
Berita tersebut yang tersebar secara meluas di laman-laman media sosial terutama dalam Facebook dan Twitter menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak termasuk ada yang mempersoalkan kewajaran Perdana Menteri bermain golf ketika beberapa negeri terutama di Pantai Timur sedang terjejas teruk akibat bencana banjir yang terburuk.
Walau bagaimanapun, tidak ramai yang sedar, meskipun tidak berada di tanah air ketika ini, Perdana Menteri sentiasa prihatin dan mengambil tahu apa yang sedang berlaku di dalam negara. Malah beliau melakukan yang terbaik untuk memastikan nasib mangsa banjir besar itu terbela dan bantuan kepada mereka dapat disalurkan dan sampai kepada setiap mangsa.
Menyentuh soal banjir yang melanda sekarang, setiap perkara yang berlaku termasuk penyelarasan tugas semua agensi terlibat sentiasa dilaporkan kepada beliau menerusi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara. Beliau juga dari semasa ke semasa diberi maklumat terkini mengenai bencana tersebut oleh Majlis Keselamatan Negara.
Dalam masa yang sama UMNO sendiri sudah menggerakkan jentera bantuan menerusi pelbagai biro termasuk Biro Kebajikan UMNO dan Skuad Sayang Wanita UMNO.
Malah pada Sabtu lalu, sebelum ke luar negara, Perdana Menteri turut melawat mangsa banjir di Kuantan, Pahang, selain menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kepada mangsa di Kampung Ubai, Pekan.
Walaupun Najib dan Obama dilaporkan bercuti sambil bermain golf di Hawaii, tidak ramai yang mengetahui bahawa Perdana Menteri sebenarnya menggunakan kesempatan itu untuk mengadakan perbincangan berkaitan hubungan antara Malaysia dan AS terutama soal keselamatan serantau.
Soal keselamatan sangat penting untuk dibincangkan bersama kuasa besar seperti AS lebih-lebih lagi, Najib adalah pemimpin dunia pertama yang membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)’ bagi menangani ancaman kumpulan militan itu yang telah diluluskan Dewan Rakyat pada 26 November lalu.
Isu beliau tidak prihatin terhadap penderitaan mangsa banjir hanya diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak yang tidak senang melihat beliau diberi layanan dan penghormatan oleh Presiden AS itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 4 comments... read them below or add one }
sy phm..tentu ada sesuatu yg pm bincangkan dgn obama sampai terpaksa tinggalkan negara yg tgh darurat..xkn sesaje nk pegi bercuti..tentu ada sesuatu..mh mungkin? dan ini shj cara diluar kotak utk pm santai berbincang dgn obama..jika lawatan rasmi, lain pula jadinya...kita masih ada menteri lain kan..tan sri annuar musa sdg bekerja keras tlg mangsa banjir..
December 25, 2014 at 4:46 PM
urmm...anon ko kate ape MH??yelaa kann...ape laa agaknya syarat y diletakkan oleh AS kan...silap2 bl mesia di jual kat AS br ko br tersedar dr lamunan....mmg agak musykil jgk...lg satu dlm artiekl tu tulis is bkn mh...pelik nape mesia je y beriye2 dlm isu is sdgkn ngra y btl2 terlibat xde pun..ko pun kne sedar AS mmg byk agenda nya..umpama gunting dlm lipatan...dlm keadaan camni rsnye wajar RAKYAT DIDAHULUKAN..btol x??bkn ke itu MOTO BARISAN NASIONAL TUK PRU Y LPS...Hehe...1 MALAYSIA kannn.....tp musykil jgk laa mne pegi pak2 menteri y lain??blh tlg jwb tak??
December 25, 2014 at 6:17 PM
apa kata ko tanya sendiri pak menteri..anon 6.17..kau kn hebat, keyboard warrior..tentu hebat kan
December 26, 2014 at 7:35 AM
aku sokong anon 7.35 AM
December 27, 2014 at 7:03 AM
Post a Comment