ONEXOX
BannerFans.com

Luahan Sayu Hati Khairy Jamaluddin Mengenai Insiden Malang Menimpa Penyokong Vietnam

on Monday, December 8, 2014



Apa yang lebih mengecewakan saya malam tadi bukan kekalahan kita atas padang tetapi tindakan segelintir penyokong Malaysia terhadap penyokong Vietnam.

Walaupun saya masih menunggu laporan rasmi dari pihak polis dan FAM, berdasarkan maklumat yang saya terima dan apa yang saya sendiri nampak, para penyokong Vietnam diserang oleh segelintir fans Malaysia di Stadium Shah Alam semasa perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF.

Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita. Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia.



Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua. Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong-penyokong Malaysia di Hanoi nanti?

Oleh kerana penyokong-penyokong ganas ini tidak akan mohon maaf dan tiada sebarang respons daripada FAM (mungkin esok ada), saya mohon maaf kepada penyokong-penyokong Vietnam yang diserang di Stadium Shah Alam pada malam tadi. Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan tersebut. Tindakan ganas segelintir fans Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar. These violent fans do not represent Malaysia. My sincere apologies on behalf of Malaysia for the actions of these small number of irresponsible thugs.

We hope for a great second leg in Hanoi, competitive on the field and friendly in the stands.

Khairy Jamaluddin
Menteri Belia & Sukan

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved