ONEXOX
BannerFans.com

Luahan Sayu Meruntun Hati Individu Serik Dibongak Kontraktor Bumiputera

on Wednesday, December 24, 2014



Sudah banyak kali mendengar kes dimana kontraktor bumiputera seringkali buat kerja renovate, rebuild, reconstruc rumah etc, berhenti separuh jalan (tak semua tapi segelintir). Sikap 'lepas tangan' tanpa angin dan ribut ini, mendatangkan marah dan kerugian pada pemilik rumah.

Sebelum bayaran dibuat, bermacam-macam kata-kata manis ditaburkan agar pelanggannya percaya dan mengambil khidmat mereka. Siap tunjuk semua sijil dan gambar-gambar rumah pelanggan terdahulu yang pernah menggunakan khidmat mereka untuk menunjukkan betapa bagusnya mereka.




Malangnya, bila sudah dibayar 50%, kontraktor lesap dan tidak kembali lagi. Paling tidak pun, kerja-kerja pengubahsuaian akan menjadi tertangguh, kononnya banyak kerja yang lain.

Seperti yang berlaku pada seorang individu ini. Moga jadikan pengajaran buat semua.

NIAT aku cuma nak tolong sesama bangsa. Tetapi, entahlah.. memang dah sebati dah dengan sikap tamak, malas dan sewaktu dengannya. Tetapi, bukan aku maksudkan semuanya begitu.

Mungkin hanya segelintir saja atau mungkin hanya aku yang tidak bernasib baik.

Aku menggunakan khidmat bapa saudara aku untuk renovate dapur rumah. Dia upah dua orang pekerja untuk buat rumah aku. Sebenarnya, dia dah suruh guna 3 atau 4 orang pekerja, tetapi mungkin tamak, diorang tak nak tambah orang.

Sudahlah datang lambat dalam jam 9 atau 10 pagi. Sebelum asar, dah balik. Dalam sebulan, hanya 9 hari saja diorang datang bekerja.

Bila call, jarang pula nak angkat. Bila diselidik, rupa-rupanya diorang dapat projek yang lain. 

Okay, dah diorang yang buat perangai macam tu, pak sedara aku terminatekan terus diorang dan ambil tukang lain untuk sambung kerja.

Kali ini, ada 3 orang pekerja. Kadang-kadang, 4 orang yang datang buat kerja. Mula-mula, nampak okay. Tetapi bila tinggal nak buat tile sikit lagi, gutter dan table top ada separuh lagi, diorang dah mula tak datang.

Yang start tak datang tu, diorang bagi alasan, ketua tukang masuk wad. Okay, tak apalah. Janji lagi 2 hari, diorang akan datang. Tapi tak juga datang. Call dan mesej tak dijawab. Pergi rumah, katanya jadi tukang masak, ada kenduri di kampung.

Sekali lagi, diorang beri jaminan, selepas 4 hari diorang akan datang buat kerja.

Dah seminggu, pun tak nampak batang hidung. Pergi siasat, rupa-rupanya diorang sibuk buat rumah orang lain. Panasnya hati.

Aku bukannya tak bagi diorang ambil banyak projek. Tetapi sekurang-kurangnya berterus terang dan siapkan rumah aku dulu. Ini tidak, dah ditinggalkan lama macam tu. Aku pun ada tempoh masa yang aku tetapkan, aku kira nak masuk rumah sebelum buka sekolah. 

Bila aku mesej, tak pernah pula nak jawab. Nak kata tak bagi upah, asal minta je aku bagi segera. Cuma pernahlah sekali aku tegur diorang buat bumbung tak ikut seperti yang aku arahkan. Buat lain tak apa, sekurang-kurangnya tanyalah tuan rumah dulu. Jangan buat ikut suka hati kepala sahaja.

Pak sedara aku suruh tunggu lagi dua hari. Kalau tak datang juga, upah orang Indonesia. Dah standby pun.

Entahlah, bukan nak menjatuhkan bangsa sendiri, tetapi segelintir yang berperangai teruk dan buat taik macam tu, habis tercalit semua. Bukannya nak kata bangsa lain okay, ada juga yang sama.

Tolonglah pada siapa-siapa yang buat kerja melibatkan amanah dari pelanggan, tolong buat elok dan buat sampai habis. Ya, mungkin kita terlepas di dunia, tetapi di akhirat semua ambil kira. - Owen

_____________________________________________________

Sikap kontraktor bumiputera seperti inilah yang merosakkan imej bumiputera dan mewujudkan persepsi bahawa kontraktor bumiputera ini tidak boleh digunapakai. Menjadikan pelanggan lebih mempercayai bangsa lain untuk melakukan kerja-kerja itu walaupun harga yang ditawarkan sedikit mahal berbanding kontraktor bumiputera.

Sampai bila kontraktor bumiputera nak dipandang negatif seperti ini?

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved