KUALA LUMPUR: Rata-rata pengguna media sosial hari ini mempersoalkan tindakan Perbadanan Putrajaya yang masih belum membuat sebarang keputusan pembatalan Konsert Ambang Tahun Baru 2015 yang ditaja oleh AMBANK ,bertempat di hadapan bangunan Kementerian Kewangan pada 31 Disember ini.
Mereka mendesak Perbadanan yang dipengerusikan oleh Ybhg Tan Sri Aseh Che Mat, dapat membuat keputusan segera untuk membatalkan acara berkenaan, memandangkan hampir 60 ribu mangsa banjir diseluruh negara masih dalam keadaan yang tidak menentu.
Keadaan banjir yang masih tidak nampak akan surutnya khususnya di negeri pantai timur mengundang rasa simpati keseluruhan rakyat Malaysia dari didalam dan luar negara.
Walaupun konsert berkenaan tidak mengunakan duit kerajaan, memandangkan ia ditaja sepenuhnya oleh AMBANK, akan tetapi pihak penganjur serta Perbadanan Putrajaya harus menjaga sensitiviti mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam banjir buruk yang luar biasa kali ini.
Difahamkan konsert AMBANK Ambang Tahun Baru 2015 jika diteruskan akan menelan belanja RM3 Juta ia peningkatan dari tahun pertama yang berjumlah RM1.5 juta.
Penganjur turut menyasarkan 500,000 ribu pengunjung akan hadir di malam 31 Disember berkenaan dimana 100,000 adalah penduduk Putrajaya manakala selebihnya hadir daripada penduduk sekitar .
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment