Pembetulan terhadap tajuk kepada tulisan Shahbudin sebelum ini TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin tak lari ke luar negara ketika musibah banjir besar ketika ini. TPM masih di sini, menghadiri jamuan Krismas di Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya, hari ini.
Reaksi TPM apabila ditanya yang PM, Datuk Seri Najib Razak dilapor bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ketika banjir besar melanda negara, katanya berilah peluang kepada PM berehat dan bercuti di luar negara dan tak perlulah dipertikaikan.
“Bagi masa dia rehat, dia sudah bekerja terlalu keras. Dia cuma manusia biasa,” katanya.
Katanya, kini beliau bertanggungjawab sepenuhnya mentadbir negara sepanjang pemergian Najib ke luar negara dan memberi jaminan akan menangani isu banjir dengan baik.
“Percaya kepada saya. Jangan bimbang perdana menteri yang di luar negara, risau apa yang berlaku di sini.
“Saya bagi jaminan saya bekerja rapat dengan semua agensi terlibat. Saya jalankan tugas memegang kuasa sebagai perdana menteri. Jadi, jangan bimbang,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment