Pelakon kanak-kanak yang sedang meningkat naik, Puteri Balqis telah terkena tempias apabila seorang pengarah popular iaitu Azman Yahya yang dikenali sebagai Jinggo mendedahkan sikap tidak professional ayahnya sendiri iaitu Azizi Aziz.
Jinggo merangkap suami kepada Shelia Rusly telah berkongsi satu perbualan di antara kakitangan JS Pictures Sdn Bhd dan ayah Puteri Balqis.
Ayah Puteri Balqis telah menulis sesuatu yang cukup tidak profesional dan dikatakan sombong setelah syarikat produksi terpaksa membatalkan penglibatan Puteri Balqis kerana jadual pelakon itu agak sibuk.
Jinggo turut memberitahu y bahawa Puteri Balqis belum pun bertemu dengannya dan pihak produksi untuk sebarang perbincangan lanjut namunayahnya telah meminta separuh daripada bayaran penuh walaupun belum melihat skrip lakonan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment