Tidak cukup dengan kesalahan yang dilakukan terdahulu, kini dia semakin lancang mengutuk PDRM, Mahkamah dan juga Kerajaan, terutamanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Aktivis politik, Ali Abdul Jalil, meluahkan amarahnya di Facebook dengan kata-kata kesat yang tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang Islam.
Bagi Ali, apa yang berlaku terhadap dirinya dan juga Alvin Tan, adalah salah pemimpin UMNO. Sedangkan mereka yang begitu lantang mencabar kerajaan sehingga sanggup bertindak menghina institusi raja-raja melayu.
Menurutnya, dia berbangga kerana dapat memohon suaka politik dari negara luar dan mengulas mengenai pasport antarabangsanya ditarik balik, dia sangat berbangga.
"Kerajaan UMNO f***** tarik passport kami adalah pertama kali dalam sejarah. So, kami cipta rekod Malaysia," katanya.
Ali juga mendakwa, tindakan membatalkan passportnya itu dilihat sebagai kerajaan begitu terdesak mahukan mereka kembali. Sedangkan sebelum ini, dia dilayan seperti sampah.
"Bila aku keluar Malaysia, awat terhegeh-hegeh suruh aku balik?" soalnya.
Tambah Ali, jika kerajaan Malaysia inginkan dia kembali semula ke tanahair, UMNO perlulah dikuburkan terlebih dahulu. Manakala Sultan Johor dan Sultan Selangor harus dicampak ke jamban. Juga, dia inginkan Malaysia ditukar menjadi republik, barulah dia akan kembali ke Malaysia.
Kasihan dengan nasib yang menimpa Ali. Kasihan kerana dia merasakan dirinya hebat dengan mengatakan kerajaan terhegeh-hegeh mahukan dia kembali.
Memang benar kerajaan mahu Ali dan Alvin Tan kembali ke Malaysia. Ali dan Alvin Tan perlu kembali untuk menghadapi pertuduhan yang didakwa ke atas mereka dan bertanggungjawab di atas kesalahan yang mereka telah lakukan.
Bukannya lari ke luar negara, kemudian mencanang kepada seluruh dunia kononnya dirinya tidak bersalah dan mengutuk kerajaan dari negara lain. Jika benar anak jantan, kembalilah ke tanahair.
Nota Kaki: kalau tak bersalah, tak perlu lari. Dah lari, nampak sangat dah buat salah. Kesian..
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
cuba admin buat istkhirah pasal ni..nnt admin akan dpt rasa siapa yg lbh betul...cuma sy nk ckp...pemimpin malaysia skrg ni semua berlandaskan KUKU BESI...tp jgn risau seperti kata Nabi Muhammad SAW..selepas pemerintah kukus besi puas bermaharajarela akan hadir dan dipengantikan pemimpin yg jujur adil dan saksama...
December 10, 2014 at 1:58 AM
Post a Comment