ONEXOX
BannerFans.com

Ramai Hairan Dan Rasa Kuyup Kena Kencing Dengan Kenaikan 3 Sen Diesel

on Monday, December 1, 2014



PETALING JAYA: Jika pengguna kenderaan berpetrol boleh menarik nafas lega kerana harga minyak turun setelah pemansuhan subsidi, pengguna kendereaan berdiesel pula hairan akan kenaikan diesel sebanyak 3 sen selepas pemansuhan itu.

Bukan sahaja pemandu bas dan pemandu lori sahaja yang naik hairan, malah penganalisis dan pakar juga tidak dapat menjawab rasional terhadap kenaikan itu walaupun harga minyak mentah dunia jatuh menjunam.

 Presiden Persatuan Pemilik Lori Pan-Malaysia, Jong Foh Fit berkata dia terkejut dengan kenaikan itu kerana menjangkakan harga diesel akan turut sama turun bersama harga petrol.

"Kami hairan mengapa ia(diesel) naik. Saya percaya orang ramai juga mahu mengetahui bagaimana kerajaan boleh mengeluarkan angka harga sedemikian", katanya

Ketika ditanya sama ada kos pengangkutan akan meningkat kerana kenaikan diesel, beliau berkata: "Caj kami tidak dikawal selia oleh Kerajaan. Terpulang kepada pemilik untuk menentukan sama ada mereka perlu meningkatkan caj mereka. "

Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur, Alvin Choong berkata harga diesel(di pam) kini lebih mahal daripada harga diesel industri yang dibekalkan kepada kilang-kilang.

Menurutnya, harga diesel industri berharga diantara RM 2.05 dan RM 2.10 seliter jika dibandingkan dengan harga di pam yang kini berharga 2.23 seliter.

Kata Choong lagi, kenaikan diesel sebanyak 3 sen tidak wajar kerana subsidi diesel sebelum ini telah dipotong sebanyak 20 sen pada Oktober lepas.

Selain itu, Chong juga berpendapat kenaikan itu disebabkan kerajaan ingin membuat penimbal supaya jika harga diesel naik pada masa hadapan, ia boleh dijadikan subsidi.

Bagi pengusaha bas pula, kenaikan harga diesel ini telah meletakkan lebih tekanan kepada mereka. Ini kerana mereka tidak dibenar menaikkan harga tiket bas bagi menampung kenaikan harga diesel.




Setiausaha Agung FOMCA, Datuk Paul Selvaraj berkata kerajaan perlu menjelaskan kenapa harga diesel dinaikkan kerana ia tidak sejajar dengan harga minyak dunia.

"Kementerian perlu memberikan penjelasan kepada kami. Kami bersetuju untuk membenarkan harga minyak diapungkan mengikut harga pasaran tetapi ia perlu konsisten, "katanya.

Seorang penganalisis dari sebuah bank terkemuka berkata harga baru itu "tidak masuk akal".

"RON95 turun. RON97 pun sama. Diesel pun dari minyak mentah juga, jadi harganya patut berkurangan beberapa sen di pam, "katanya yang tidak mahu namanya disiarkan memetik laporan dari The Star.

Ketua penyelidikan Bank Alliance, Manokaran Mottain berkata harga baru itu masih berada dalam margin yang diramalkan.

"Kita mungkin melihat harga yang lebih rendah dalam tempoh beberapa bulan akan datang jika harga minyak mentah terus menurun."

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved