ONEXOX

SAYU HATI SUAMI, ISTERI DIPIPIT MAT AFRIKA

on Wednesday, December 31, 2014



KUALA LUMPUR - Luluh hati seorang suami sejurus menangkap wanita yang bergelar sebagai isterinya sedang bersekedudukan dengan seorang lelaki Afrika di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang, kelmarin.

Mangsa, seorang kontraktor, menyerbu bilik hotel itu dengan dua anak saudaranya serta diiringi polis pada jam 2.30 pagi.

Sebelum itu, mangsa yang berusia 50-an itu mengesyaki wanita itu bermain kayu tiga dan selalu turun ke ibu kota untuk bertemu dengan keli Afrika itu.

Susulan itu, mangsa merancang untuk menyiasat dan berpura-pura memberitahu isterinya yang dia ingin ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.




Bagaimanapun, lelaki itu menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori wanita itu yang didapati meninggalkan rumah mereka.

Lelaki terbabit kemudiannya mengekori isterinya sehingga ke ibu kota.

Melihat isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, lelaki terbabit bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan untuk melakukan serbuan.

Tekaan lelaki itu tepat apabila serbuan mendapati wanita itu curang dan sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria. Malah, wanita itu ditemui dalam keadaan yang tidak berpakaian lengkap.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut.

Sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Cahaya Al Majid said...

Salam. Kes ni hukum rejam je..baru adil.


December 31, 2014 at 3:41 AM
mansor said...

kalaulah PERKAS, PEKIDA atau JATI Hassan, pegi bunuh Mat Afrika tu baru la nampak hebat nak jaga Melayu...ni demonstrasi kat Anwar Brahim dan Lim Guan Eng...mnacam berok saja...


December 31, 2014 at 8:00 PM

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved