ONEXOX
BannerFans.com

SERPIHAN PESAWAT QZ8501 SAH DITEMUI DI PERAIRAN INDONESIA

on Monday, December 29, 2014



PANGKALAN BUN: Beberapa serpihan menyerupai luncur kecemasan, pintu pesawat dan objek lain telah dikesan semasa carian udara bagi menjejaki penerbangan AirAsia QZ8501 yang hilang.

Menurut seorang pegawai Indonesia yang dipetik AFP pada Selasa, objek pelbagai saiz itu dilihat berada pada kedudukan 10 kilometer dari kedudukan terakhir pesawat itu dikesan pada radar.

"Kami ternampak kira-kira 10 objek besar dan banyak objek lebih kecil berwarna putih yang kami tidak dapat mengambil gambar," kata pegawai tentera udara Indonesia Agus Dwi Putranto dalam satu sidang akhbar.




"Kedudukannya adalah 10 kilometer (enam batu) dari lokasi pesawat itu terakhir dikesan pada radar," katanya.

Beliau menunjukkan 10 gambar objek menyerupai pintu pesawat, luncur kecemasan, dan objek berbentuk kotak.

Seorang jurugambar AFP dalam penerbangan sama berkata objek yang dilihat itu menyerupai rakit dan jaket keselamatan serta tiub oren panjang.




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved