Kota Bharu: Wajah gadis berusia 22 tahun, Nur Shafiqa Lah yang ditoreh penyamun dalam kejadian pecah rumah kelmarin boleh dirawat menerusi pembedahan rekonstruktif, kata Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Mafauzy Mohamed.
Beliau berkata, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mempunyai teknologi dan tenaga pakar yang mencukupi untuk melakukan pembedahan itu termasuk pakar pembedahan plastik.
"Apa kerosakan pada anggota badan sama ada akibat kemalangan atau lain-lain boleh dirawat di HUSM kerana kepakaran yang kita miliki termasuklah kes yang menimpa mangsa ini.
"Bagaimanapun, kita masih perlu berbincang dengan kumpulan pakar untuk memastikan tahap kecederaan pada mukanya sebelum prosedur lanjut dapat diambil.
"Biasanya bagi kes kerosakan wajah, kami hanya memerlukan pembedahan rekonstruktif yang mengambil masa antara dua hingga tiga jam dengan kos ditawarkan paling minimum," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment