Lutut yang hitam sememangnya satu masalah yang cukup mengganggu, lebih-lebih lagi kepada wanita. Oleh sebab itu, ramai yang tertanya-tanya apakah cara yang berhasil untuk mencerahkan kepala lutut yang hitam.
Kulit hitam pada lutut disebabkan oleh kulit kering yang sering bergeseran dengan pakaian. Disebabkan itu, penggunaan pelembab amat digalakkan di kawasan tersebut. Antara penyebab lain lagi yang menjadikan lutut hitam adalah kerana mengambil kadar gula yang berlebihan.
Bagi yang tertanya-tanya cara yang mudah untuk memutihkan semula lutut anda yang hitam, disini kami kongsikan 4 cara mudah untuk memutihkan kembali tona kulit pada lutut anda.
1 - Bawang
Bawang bukan sahaja menjadi bahan penting dalam masakan, malah boleh juga menjadi penawar kepada kulit lutut yang hitam. Caranya adalah dengan mengambil satu labu bawang merah dan bawang putih. Kemudian hancurkannya sehingga halus sebelum dicampur dan disapu pada kulit lutut. Tunggu selama 10-15 minit sebelum dibersihkan.
2 - Minyak Zaitun
Seperti sedia maklum, minyak zaitun antara minyak yang boleh digunakan untuk menjaga kulit. Untuk memutihkan lutut yang hitam pula, sedikit kaedah tambahan diperlukan. Panaskan satu sudu teh minyak Zaitun kemudian lumurkan di kulit lutut. Amalkan tiga kali seminggu sebelum anda tidur pada sebelah malam.
3 - Scrub Oatmeal
Selain baik untuk kulit muka, Scrub Oatmeal juga boleh dijadikan ubat bagi lutut hitam. Caranya adalah dengan mencampurkan dua sudu teh oatmeal dengan krim. Sekiranya tidak mempunyai krim, madu juga boleh digunakan sebagai ganti. Adunkan kedua-dua bahan itu sehingga rata, kemudian lurut di di kulit lutut dan biarkan selama dua minit. Setelah campuran itu kering, gosokkan dengan perlahan sehingga ia bersih dari lutut anda.
4 - Lemon & Madu
Campurkan air perahan lemon dengan satu sudu teh madu, kemudian gosok di lutut dan dibiarkan selama 15 - 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Untuk hasil yang lebih memuaskan, ulang 1-3 kali seminggu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment