ONEXOX
BannerFans.com

Kenangan sayu ditumbuk orang di Nilai

on Tuesday, January 6, 2015




Pagi itu, usai bersahur dan bersembahyang subuh, aku bergegas memecut moto EX5 convert head block ducati laju membelah embun dara yang rancak merintik manja di atas helmet Arai Nankai kuningku. Pergi kerja masa bulan puasa ni selalunya memang takde feel. Sepatutnya bulan puasa ni ibadat subuh boleh

dipertingkatkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan i'tikaf di masjid. Tapi semua kebaikan akhirat itu terpaksa aku ketepikan demi menyara diri dengan kenikmatan dunia yang serba celaka!. Ahhh betapa ruginya aku.

Setibanya di stesen KTM Seremban, moto EX5 convert head block ducati aku tongkat dua kasi kemas. Di bumi Seremban yang mendapat keredhoan ni aku tak perlu risau nak lock hendel atau disc brake (lupa cakap EX5 aku pakai disc brake sebab brake drum tak mampu kawal kelajuan moto tu). Bukan setakat lock hendel atau disc brake, aku juga pernah beberapa kali buat kerja bangang tertinggal kunci moto tergantung di lobang kunci dari subuh sampai ke azan i'syak. Tapi rilekss la moto pailang mana ada mat rempit junior berani pakok.

"Nilai dik. Pergi dengan balik sekali tau" - aku sound makwe jual tiket yang mukanya nampak mengantok. Comel jer. Rasa nak sepak pun ada. Mungkin dia tak cukup tidur akibat lama sangat main fesbuk di tengah malam.

Dalam bulan puasa, aku dan budak budak opis yang lain memang suka buat kerja beli tiket pergi dan balik siap siap ni. Kalau tak, tiket belah petang cepat habis. Bila tiket cepat habis, hati jadi panas, bila hati sudah panas, maka secara otomatik mulut jadi banyak mengeluarkan kata kata kesat marah entah pada siapa. Aku ni dah la tak suka mencarut punya jenis manusia. Bila dah macam tu punya gaya, Tuhan kata dalam Quran, puasa manusia cuma dapat penat, lapar dan dahaga. Jadi dengan sebab itu, aku beli tiket pergi dan balik siap siap supaya di kemudian hari aku tak perlu unnecessary mencarut dan kurangkan pahala puasa aku.

Tiket dan duit bertukar tangan. Tiket pergi dan balik aku simpan dalam kocek seluar belah kiri.

Pagi tu, aku tidur nyenyak dalam train sampai la tiba ke Nilai.

Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Abang aku baru helo kasi maklumat di atas meja sudah terhidang juadah berbuka seperti cendol, kebab daging arnab, putu piring, pulut panggang, gulai semilang salai, prawn fritters resipi jamie oliver, chezzy wedges, ketam masak lemak dan dan ayam percik tiga rasa. Jadi aku tak perlu tambah juadah lagi. Manakala aku pula sedang berada di bilik supervisor cilaka menyiapkan satu kerja urgent. Kerja Urgent bulan bulan puasa ni sebenarnya boleh juga membawa ke mencarut. Kebiasaannya memang begitu. Bulan tak puasa tak pernah pulak ada kerja urgent ni.

Lepas habis kerja, aku lari meluru naik tren dari Nilai ke Batang Benar untuk serahkan kerja urgent yang supervisor cilaka bagi tadi. Tugas untuk sampai ke Batang Benar dalam masa 5 minit ni memang mencabar dan boleh dikatakan tak masuk akal juga. (Padahal langkau satu stesen je)
"Kalau telepas train pukul 6 ni, memang gampang..tapi takpa, boleh repeat train lepas tu. Sampai rumah pukul 8.15..ahh ok lagi buka puasa time ni." - aku memujuk hati sendiri sambil berlari anak membawa segunung harapan untuk berbuka di rumah on time.




Dan seperti yang aku ramalkan, petang itu aku terlepas train yang sepatutnya aku naik pukul 6. Fak

Aku tiba di depan stesen KTM Nilai kira kira dalam pukul 6.15 petang. Aku tengok sebelah brader jaga kaunter tu dah tergantung sebungkus teh ais berpeluh kesejukan. Solid betul teh ais tu sampai aku tertelan air liur.

15 minit menunggu, tak ada train yang sampai. Aku dah ada firasat kurang elok. Macam terasa nak mencarut dan tumbuk orang.

"Bang, mano train tak sampai sampai ni. Sey nak balik buko poso ni ha" - aku bertutur lancar dalam dialek sepanyol. Baju aku dah basah kuyup dengan peluh. Mengah di dada jagan cerita. Mujur Stesen Nilai ada kipas besar.

Brader kaunter yang dari tadi tadi menonton skrin komputer entah tengok blue ke apa memandang tepat ke muka aku.

" Train last baru kejap tadi jalan sebelum kau sampai. Next train dari lcct info cakap roda dia tercabut terpelanting entah ke mana sedang dibaik pulih. Dalam pukul 10 kang baru ada train lalu kot. Kau duduk duduk la dulu." Aku perati je brader kaunter tu atas bawah atas bawah atas bawah atas bawah alih kejap ke teh ais berpeluh dia, sambung balik tengok atas bawah atas bawah atas bawah.

Dalam keadaan penat, dan dengan sisa tenaga yang ada, aku tumbuk muka brader kaunter tu sampai berdarah kening.

Petang tu aku balik Ke Seremban jalan kaki ikut short cut jalan Labu.

*Aku tipu je

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved