ONEXOX
BannerFans.com

Abby Abadi Cadang Sukarelawan Banjir Wanita Menutup Aurat

on Wednesday, January 7, 2015




Seperti kita sedia maklum, ketika ini ramai sukarelawan berada di Pantai Timur untuk membantu mereka yang memerlukan di sana dan kami suka melihat rakyat Malaysia bersatu hati untuk sama sama meringakan beban mereka yang kurang bernasib baik.

Di tengah tengah kekalutan sukarelawan menghulurkan bantuan ke sana, pendakwah bebas dan juga bekas selebriti popular Abby Abadi mempunyai pandangan sendiri tentang para sukarelawan dari golongan wanita Islam berada di sana ketika ini.

“Saya tertengok gambar gambar misi bantuan banjir sekarang ini, ramainya pergi membantu tetapi aurat tak terjaga. Allah nak tolong macam mana? Sedih, ingatkan sebab sayang. Usahalah untuk tolong diri sendiri dulu, selepas itu baru usaha untuk tolong orang lain pula”




“Aurat itu aib kita, dibelanja ikut suka azab seksanya tak terkira. Ada yang dah tertutup sempurna, syukur sangat! Baik sangat hati budinya pergi menolong, bersihkan rumah, bersihkan lumpur tapi siarkan juga gambar mangsa yang tidak menutup aurat”

“Tak tahu tentang dosa aurat ke macam mana? Yang mendedahkan berdosa, yang menyebarkan dapat saham juga. Fahamilah bersama ya,” tulisnya di akaun Instagram beliau.

Harapnya teguran Abby Abadi ini diambil positif oleh mereka yang bekerja sebagai sukarelawan di Pantai Timur ketika ini dan sesiapa juga yang sudah wajib untuk menutup aurat.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved