ONEXOX
BannerFans.com

AIDIL ZAFUAN DIARAH BAYAR NAFKAH RM3,000 SEBULAN, RITA TAK SETUJU. PULAKKKKK!

on Monday, January 26, 2015


Mahkamah telah memutuskan keputusan permohonan nafkah anak-anak yang dituntut oleh Rita Rudaini sem#enjak tahun 2012 yang lalu.

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling hari ini, memerintahkan Aidil Zafuan Abd Razak membayar RM3,000 sebulan kepada Rita Rudaini, sebagai nafkah anak-anaknya dan menolak beberapa permoho#nan bekas isteri pemain bola sepak itu.

Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah menolak tuntu#tan bayaran bagi susu, lampin pakai buang dan pengasuh kerana dokumen yang diserahkan tidak selari dengan tuntutan.

Rita Rudaini sebelum ini menuntut RM5,392 sebulan u#ntuk nafkah dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4 merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh, lampin pakai buang, tempat tinggal dan percutian.

Mahkamah turut mengarahkan Aidil Zafuan membayar jum3lah RM3,000 itu ke dalam akaun bank Rita Rudaini bermula Februari depan selewat lewatnya 5 haribulan setiap bulan.




Rita Rudaini bagaimanapun, akan memfailkan permohonan peru#bahan tuntutan nafkah anak selari dengan keadaan semasa.

Rita Rudaini memaklumkan perkara itu kepada medi#a di perkarangan mahkamah selepas tamat prosiding tuntutan nafkah anak hari ini.

Menurutnya, permohonan itu akan difailkan pada min#ggu hadapan.

Beliau berkata, jumlah RM3,000 yang perlu dibayar oleh bekas sua#minya, Aidil Zafuan mencukupi bagi anak-anaknya yang ketika itu masing-masing berumur 3 dan setahun.






"Ada beberapa tuntutan yang sudah tidak relevan lagi seperti susu dan lampin pakai buang kerana anak-anak sudah b#esar dan tidak memerlukannya lagi," katanya.

Ujar Rita, kini perbelanjaan anak-anaknya semakin berta#mbah apabila mereka sudah bersekolah.

"Saya menghantar mereka ke sekola#h sejak tahun lepas lagi," katanya.

Beliau berkata, anak- anaknya berseko#lah di tadika pada sesi pagi manakala kelas fardhu ain pada sebelah petang.

"Yuran tahunan mereka RM2,090 mana#kala yuran bulanan adalah RM259 bagi setiap anak," katanya.

Sementara itu, Aidil Zafuan ketika dite#mui berkata, dia menerima keputusan itu dengan berlapang dada.

"Keputusan itu menjadi tambahan RM1,000 bagi ba#yaran nafkah anak yang telah saya beri selama ini setiap bulan iaitu RM2,000," katanya.

Menurutnya, dengan keputusan tersebut, t#iada lagi pihak yang pertikaikannya.

Menyentuh soal anak, beliau berkata, masih b#elum dapat berjumpa dengan mereka.

"Apa pun saya akan berusaha untuk berjumpa de#ngan mereka. Tidak tahulah jika anak-anak yang enggan berjumpa," katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved