ONEXOX
BannerFans.com

Apakah Sebenarnya Yang Terjadi Kepada MH370?

on Thursday, January 29, 2015




Dalam tempoh kurang daripada dua bulan mulai sekarang, tragedi kehilangan MH370 akan genap setahun, namun kejadian itu terus menjadi misteri terb#esar dalam sejarah penerbangan dunia.

Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk ditemui dan pelb#agai persoalan terus diungkapkan.

Persoalan yang terus bermain diminda semua pihak; Apa sebenarnya yang terjadi? Di manakah sebenarnya pesawat itu? Bagaimanakah nasib anak kapal dan pe#numpang di dalam pesawat itu?

Adakah lokasi pencarian itu tepat? Adakah aset pencarian tidak ca#nggih sehingga sukar mendapatkan sebarang petunjuk? Sampai bilakah operasi mencari perlu dilakukan?

Malah ada juga yang bertanya; Apa tindakan seterusnya jika pesawat diisytihar hilang? Adakah solat ghaib boleh dilakukan jika tiada sebarang kelibat ditemukan? Bagai#mana dengan pampasan kepada waris keluarga dan siapa yang akan menanggung kos keseluruhan operasi?





Kesemua soalan ini diajukan Bernama kepada pakar penerbangan, bekas ka#pten kapal terbang, ahli akademik dan pakar agama bagi merungkai misteri kehilangan pesawat ini yang masih lagi belum terjawab sehingga kini.

MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua ba#yi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Mengulas lanjut mengenai operasi mencari dan kawasan pencarian, seora#ng pakar penerbangan, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, saiz sebuah pesawat B777 adalah sekitar 4,500 meter persegi, sementara luas kawasan pencarian adalah sekitar 59,600 kilometer persegi.

"Ini bermakna saiz pesawat tersebut hanyalah 0.078 peratus keluasan kawasan pencarian. Sedangkan pesawat AirAsia QZ8501 jatuh pada kedalaman hanya 30m iaitu 0.5 peratus k#edalaman pesawat MH370.

"Itu pun telah mengambil masa dua minggu untuk menjumpai bahagian ekor pes#awat QZ8501 dengan banyak petunjuk seperti serpihan dan mayat yang terapung," katanya yang membandingkan operasi mencari MH370 dengan pesawat AirAsia QZ8501.

Pesawat Airbus yang membawa 162 orang termasuk tujuh anak kapal, hilang dari#pada imbasan radar pada 28 Dis semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.

Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, In#donesia.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved