Mee Udang… Jarang aku jumpa yang betul-betul mencengkam rasa. Hari tu masa aku pergi kenduri kahwin adik ipar aku kat Perak, ada tuan rumah bawak aku ke satu tempat kat Perak tu.
Tempat tu memang terkenal dengan mee udangnya. Ok la rasa mee udang kat situ. Cuma yang tak bestnya, pelanggan ramai sangat. Sampai tak ada tempat nak parking kereta. Kat mana tempat tu jangan ditanya sebab aku pun dah lupa.
Tapi Mee Udang D’Laila Corner yang terletak di Bandar Baru Nilai ni memang aku tak dapat lupakan. Seperti juga Asam Laksa Old Malaya Kopitiam di Bangi Gateway, kesedapannya adalah daripada suapan ataupun hirupan kuahnya yang pertama lagi. Jika Old Malaya aku labelkan sebagai salah satu tempat makan paling best di Bangi, tempat makan ini pula adalah salah satu tempat makan yang paling best di Nilai, Negeri Sembilan.
Lokasinya adalah di Bandar Baru Nilai. Jika anda masuk ke sini melalui Bandar Seri Putra, anda akan jumpa satu simpang berlampu isyarat. Jika ke kiri anda boleh ke Nilai 3 tempat pelbagai pilihan langsir. Untuk ke sini anda pilih ke simpang kanan. Teruskan perjalanan, selepas McDonald anda akan jumpa satu lagi simpang berlampu isyarat. Ke kanan untuk pergi masjid. Jadi, ambil simpang kiri, ke arah Pasaraya Giants. Simpang sebelum Giants tu ambil kiri lagi. Terus je. Dalam lebih kurang 2 atau 3 Kilometer macam tu anda akan jumpa foodcourt MMA Santai Corner yang terletak berhampiran dengan bulatan (roundabout).
Ini jalan sebelum sampai Pasaraya Giants tu
Atau jika anda ada menggunakan Waze atau Google Maps, taip je “MMA Santai Corner”, anda pasti akan sampai ke situ. Di dalam foodcourt inilah terletaknya D’Laila Corner, restoran yang menyediakan mee udang yang best ini.
MMA Santai Corner
Pilih tempat duduk yang anda suka di foodcourt ini. Oleh kerana MMA Santai Corner ini berkonsepkan foodcourt, maka meja makan di letakkan di tengah dan restoran-restoran yang beroperasi di bawah bumbung foodcourt ini ada di sekeliling.
Carilah Restoran D’Laila Corner dan pergi buat tempahan di situ. Pilihlah jenis udang samada udang biasa ataupun Udang Galah untuk dimasak bersama mee. Udang biasa harganya lebih murah sedikit daripada udang Galah. Malah anda juga boleh memilih kuantiti udang. Ia ditentukan dengan saiz. Hidangan saiz M mengandungi 5 ekor udang dan berharga RM7. Manakala saiz L, diletakkan 10 ekor udang dengan harga RM12.
harga mee udang galah yang saiz L
harga mee udang mengikut saiz
Ada juga disediakan Mee Ketam malah anda juga boleh mencampurkan udang dan ketam untuk dimasak bersama mee dalam satu mangkuk. Mee Udang campur Kupang juga ada. Pilih saja mengikut citarasa anda.
Udang untuk dipilih
Kupang
Ketam
Minuman
Penuh perasaan
“Best giller papa…!” – Iqbal
Lagi satu yang aku suka tentang tempat ni ialah ada surau disediakan. Jadi tidak risau untuk makan dan lepak lama-lama. Tiba waktu solat pergi je solat kat surau yang disediakan.
Oh ya.. foodcourt ni ada bermacam-macam restoran. Aku tengok semuanya best-best. Restoran sebelah D’Laila Corner ni pon best juga. Ada Sup Gear Box. Teruja jugak aku tengok Gear Box tu. Cukup besar untuk aku sedut dengan straw. Tapi disebabkan aku ke tempat ini memang bertujuan untuk merasa mee udang yang dicadangkan oleh Abam Apis ni, aku lupakan dulu hasrat untuk merasa sup gear box tu. Lain masa insyaAllah aku cuba…
restoran sup gear box
Mee Udang D’Laila Corner
Nah..! Licin aku makan!
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment