Baru-baru ini kecoh di dada media sosial tentang tentang jet milik kerajaan yang digunakan untuk membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Hawaii, Amerika Syarikat (AS) ditinggalkan di negara itu dan jet itu dikatakan membawa penumpang misteri ke beberapa tempat di dunia.
Gambar yang menjadi vira dimedia sosial
Menurut Datuk A Kadir Jasin, Ia tidak ditinggalkan untuk kegunaan keluarga perdana menteri atau dibawa ke tempat lain seperti dilaporkan sebelum ini.
“Pesawat itu tidak ditinggalkan untuk digunakan oleh anggota keluarga PM dan Ia juga tidak berada di Indianapolis,” menurut reaksi pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), seperti disiarkan oleh tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin yang dipetik dari Malaysiakini.
Menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu di laman blog milik Tan Sri Zainuddin Maidin, yang terus mengulas berhubung isu 'diplomasi golf' Najib.
Penjelasan JPM juga menyebut bahawa perdana menteri pulang bersama pesawat komersial melalui Hong Hong sebelum diambil oleh pasukan tentera udara dan dibawa terus ke Kota Bharu.
Kadir berkata, jawapan di atas diperoleh selepas menghantar SMS kepada pegawai perdana menteri.
Bagaimanapun, penjelasan itu nampaknya seperti tidak memuaskan hati Kadir.
“Rosak atau flight plan-nya sudah diluluskan yang menunjukkan ia akan terbang ke tanah besar AS selepas Hawaii?
“Kalau isteri PM tak guna pesawat itu, macam mana ia dikesan dari AS hingga Bangkok?” soalnya,
Beliau juga menyifatkan persoalan berhubung pesawat itu seperti “misteri MH370” yang hilang sebelum ini dan mengatakan ada pihak cuba memutar belitkan fakta.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment