ONEXOX

Ngeri : Badan penjual sayur berkecai digilis treler

on Sunday, January 4, 2015


Gombak: Penjual sayur maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis treler dari belakang dalam kejadian di Kilometer 29 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, di sini, hari ini. Dalam kejadian 8.40 pagi itu, mangsa Tan Teng Ka, 59, menunggang motosikal dan dalam perjalanan menuju ke pekan Rawang untuk menjual sayur.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata siasatan awal mendapati mangsa diseret sejauh kira-kira 30 meter sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan.




Foto dibawah ini mungkin akan menganggu emosi, hati dan perasaan anda. Kami tidak menggalakkan anda meneruskan untuk melihat foto berikut ini.




Beliau berkata, pemandu treler berusia 34 tahun berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. "Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Pihak kami juga sudah mengambil keterangan daripada pemandu treler ini untuk membantu siasatan,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved