KENINGAU - Misteri kehilangan seorang lelaki hampir setahun lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam gaung di Kilometer 16, Jalan Keningau - Kimanis.
Rangka tulang Sharif Marzuki, 28, ditemui dalam lori satu tan oleh orang ramai yang kebetulan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan itu pada jam 3.55 petang tadi.
Berdasarkan maklumat yang tertera pada lori, polis menghubungi ahli keluarga mangsa.
Menurut ibu mangsa, mangsa sudah lama tidak pulang ke rumah dan mereka telah terputus hubungan semenjak Januari 2014. Bagaimanapun, ibu mangsa tidak membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu.
Mangsa disyaki terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung tanpa disedari oleh sesiapa.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment