SEREMBAN: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) akan mengadakan catuan air di daerah Tampin dan Rembau, mulai Isnin ini.
Pengarahnya, Wan Rasdi Wan Ismail, berkata catuan itu akan dilakukan sehingga 30 Januari ini terhadap 14,358 akaun membabitkan seramai 57,432 pengguna.
Katanya, catuan itu perlu dibuat kerana paras air di Empangan Gemencheh, terus mengalami penurunan dengan bacaan semalam 95.4 meter berbanding paras kritikal 95 meter.
"Hujan sebelum ini hanya menaikkan paras air sebanyak satu meter sahaja. Malah, kawasan empangan itu sebenarnya tidak menerima hujan yang banyak berbanding di kawasan lain," katanya selepas melepaskan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur di Ibu Pejabat SAINS Seremban 2 di sini, sebentar tadi.
Wan Rasdi berkata, catuan akan dibuat secara bergilir selama 24 jam bagi kedua-dua daerah itu, bermula 10 pagi dan secara keseluruhan, setiap daerah hanya mengalami gangguan bekalan selama lapan hari sahaja kerana catuan tidak dibuat ketika cuti umum dan hujung minggu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment