Di kala AirAsia sedang menjadi perhatian dunia atas tragedi pesawat QZ8501 Surabaya - Singapura terhempas di Laut Jawa, syarikat penerbangan tambang murah itu sekali lagi ditimpa masalah semalam.
Lapor Metrotvnews.com, sebuah pesawat AirAsia Indonesia yang membawa 120 penumpang bagi laluan Surabaya - Bandung, enjin pesawat berkenaan dikatakan tiba-tiba mati ketika dalam pesawat bergerak ke landasan untuk sedia berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda.
Situasi itu mencetuskan suasana yang panik di kalangan penumpang yang ketika itu telah bersiap memakai tali pinggang keselamatan untuk berlepas.
"Pesawat sudah sedia untuk berlepas dan mula bergerak sebelum bunyi enjin yang bising tiba-tiba mati dan pesawat mula berundur sendiri.
"Kami semua panik sehinggalah pesawat ditarik ke posisi awal kami menaikinya. Anak-anak kapal kemudian meminta kami segera keluar dari pesawat, " cerita salah seorang penumpang, Yusuf Fitriadi.
Pesawat AirAsia Surabaya - Bandung itu dijadualkan berlepas pada jam 9 malam, namun mengalami masalah enjin yang berpunca dari monitor starter dan segera diperiksa serta dibaiki oleh juruteknik pesawat.
Ketika penumpang berada di ruang menunggu, seorang lelaki berpakaian juruterbang muncul lalu menjelaskan bahawa enjin utama pesawat mati disebabkan monitor starter mengalami masalah disebabkan tersilap urutan. Bagaimanapun, masalah itu telah dibaikpulihkan dan pesawat kembali sedia untuk diterbangkan.
Namun, majoriti penumpang mengambil keputusan untuk membatalkan perjalanan dan menggunakan khidmat AirAsia itu kerana bimbang masalah yang sama berulang ketika dalam penerbangan. Penumpang juga berpendapat, alasan yang diberikan itu tidak menyakinkan.
Disebabkan ramai penumpang yang enggan menaiki pesawat itu, AirAsia mengembalikan semula wang tambang yang telah dibayar itu kepada mereka.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment