ONEXOX
BannerFans.com

Punca 267000 Tonton Video Romancinta Nyanyian Caliph Buskers Di YouTube Terjawap

on Wednesday, January 21, 2015



Populariti kumpulan muzik jalanan, Caliph Buskers terus melonjak apabila rakaman video nyanyian mereka yang dimuat naik di laman YouTube mencecah lebih 267000 tontonan sehingga 11 pagi tadi.

Video yang dikongsi menerusi akaun rasmi mereka itu menyaksikan Caliph Buskers membuat persembahan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dekat sini dengan mempersembahkan lagu Romancinta, dipopularkan oleh Mojo.

Rakaman video yang dimuat naik pada 1 Ogos 2014 itu mencapai jumlah tontonan paling tinggi berbanding video-video lain yang dimuat naik oleh kumpulan berkenaan di laman sosial itu.




Peningkatan mendadak jumlah tontonan itu selepas mereka berjaya memenangi Persembahan Terbaik ketika menyampaikan lagu Romancinta pada Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) hujung minggu lepas.

Persembahan bertenaga vokalis Caliph Buskers iaitu Khairul Azmi Saat mengejutkan penonton kerana gimik yang dilakukan oleh Edry Abdul Halim sebagai ketua kumpulan Mojo dalam pertandingan berkenaan benar-benar menjadi.




Kebanyakan penonton yang menyaksikan AJL 29 memuji kehebatan vokal Khairul Azmi sehingga ada yang menontonnya lebih daripada sepuluh kali selepas melihat persembahan mereka pada AJL 29 lalu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved