ONEXOX
BannerFans.com

LUAHAN SAYU HATI PENJAWAT AWAM, BPH PUNCA RUMAH/BILIK SEWA DI PUTRAJAYA NAIK HARGA MENDADAK

on Tuesday, January 20, 2015



Tahun ini dah genap 10 tahun aku tinggal di Putrajaya. Alhamdulillah kerana aku antara orang yang terawal tinggal di Putrajaya, aku dapat kuarters.

10 tahun yang lalu, aku hanya sewa bilik single, tak berkongsi dengan harga RM125 sebulan. Apabila kerja dah stabil, aku mohon kuarters dan dapat. Mungkin pada masa itu tak ramai yang tinggal di Putrajaya. Jadi, senanglah dapat.

Zaman-zaman itu, rumah sewa di Pangsapuri Putra Harmoni (Flat Hijau) dan Putra Damai, bawah RM600 pun boleh dapat kalau pandai negotiate. Namun, sekarang (2015) nak cari rumah bawah RM900 pun sangat susah. Bilik sewa single room berkongsi pun harga di antara RM250 - RM500, bergantung kepada apa yang ada di dalam rumah itu.

Puncanya? Tak salah kalau aku kata Bahagian Pinjaman Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri punya undang-undang dan penguatkuasaan adalah lemah. BPH gagal mencari sistem yang lebih sesuai untuk menangani masalah ini. Ramai yang tahu, banyak kuarters di Putrajaya dari rumah sewa. Jadi, bila orang susah nak dapat kuarters, pemilik rumah-rumah sewa akan naikkan harga.

Sebelum aku teruskan esi aku, aku nak share beberapa kes dengan BPH yang mana kes-kes ini adalah kes yang melibatkan orang-orang yang aku kenal.

KES PERTAMA

Kawan aku, kerja sebagai guru di Bangi, isterinya kerja sebagai jururawat di Putrajaya. Anak dah nak masuk 4 orang. Dia sendiri apply kuarters tetapi ditolak dengan alasan,

'BERTUGAS DI LUAR PUTRAJAYA'

Kemudian, dia mohon sekali lagi menggunakan nama isteri. Pun tak dapat juga dan sudah dua kali menghantar rayuan. Senyap...  tanpa sebarang berita.

KES KEDUA

Adik ni seornag anak tunggal, berasal dari pantai timur dan ibunya tinggal berseorangan di kampung. Hajatnya nak bawa ibunya duduk di Putrajaya, tetapi rumah sewa mahal melampau-lampau. Tak mampu nak sewa dengan level gaji gred 17.

Mohon kuarters pun tak dapat-dapat. Katanya,

1. Sebab belum berkahwin.
2. Bertugas di luar Putrajaya dan jabatan tidak menyediakan kuarters.

Kuarters yang terdekat adalah di Putrajaya. Sudah hantar rayuan tetapi tidak dilayan.

Orang kata, kena selalu 'follow up'. Dah 'follow up', pun senyap juga. Dia nak minta balik bertugas di kampung tetapi queue terlalu panjang dan tempoh menunggu terlalu lama.

Sekarang ibunya sakit, kena strok separuh badan. Mujur ada sepupu tolong jaga di kampung. Masalah kesihatan ibunya juga telah diberitahu dalam surat rayuan, tetapi BPH tetap DIAM SERIBU BAHASA.

KES KETIGA

Kawan lama aku, Alhamdulillah dapat kerja kerajaan walaupun gred N1 pun jadilah. Tetapi Tuhan nak uji dia, dapat seorang anak kelainan upaya. Isteri terpaksa berhenti kerja untuk jaga anak sambil buat bisnes part time jual kuih, letak di stesen Petronas.

Kawan aku pula, kadang-kadang terpaksa kerja sebagai pengawal keselamatan. Kalau penant, berhenti sebulan dua, baru kerja balik dalam situasi yang amat memaksa. Pernah mohon kuarters, beberapa kali dah kemaskini, tak dapat dapat sampai ke hari ini.





Itu antara kes-kes yang aku tahu. Yang aku tak tahu memang banyak lagi sebenarnya. Sebab memang ramai yang cakap kuarters Putrajaya banyak yang penuh. Tetapi kuarters di rumah aku, aku perhati ada 4 unit yang kosong untuk sekian lamanya. Dekat setahun dah kosong, reserve untuk hantu ke apa?

Sesiapa yang duduk di kuarters Putrajaya mungkin akan perasan, banyak kereta-kereta mewah diletakkan di kawasan letak kereta kuarters Putrajaya untuk gred-gred rendah. Bukan sikit, bukan calang-calang kereta, satu rumah kadang-kadang sampai 2-3 buah kereta. Dari Toyota Alphard, Camry, Wish, CRV, SUV, pickup truck mewah.

Hairan juga aku, aku dan isteri menetap di kuarters pun hanya mampu guna Proton Waja dan Yamaha LC je. Isteri aku pergi kerja guna kereta, aku pula naik motosikal je. Hairan juga, bila ramai yang mampu beli kereta mewah sampai 2 3 buah. Kalau dah mampu beli kereta mewah, kenapa tak beli rumah? Keluar terus dari kuarters dan berikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Aku sendiri, Insha Allah tahun depan akan keluar kuarters bila rumah yang aku beli dah siap.

Ada juga yang dah beli rumah tetapi dengan bangga dan bergayanya tinggal di kuarters sebab sewa kuarters murah. Rumah yang dibeli, disewakan mahal-mahal, mana tak hidup mewah. Yang betul-betul memerlukan kuarters, merana nak survive.

Kuarters dah jadi macam harta sendiri. Siap boleh perturunkan kepada anak-anak atau orang lain yang dikenali. Tuan punya kuarters dah beli rumah tetapi tak nak pindah keluar. Bagi sewa pada orang lain. Kira orang lain yang bayar pada dia. Ada juga yang buat bilik sewa. Sewa yang dikenakan pula mahal melampau. Dah buat aduan tetapi BPH langsung tak ambil tindakan. Sekadar reply emel untuk makluman sahaja.

Yang downgred jangan cerita, kerja gred 32, gred 48, takkan tak mampu beli rumah selepas 5 6 tahun duduk di kuarters? Aku yang kerja cikai-cikai ini pun mampu beli rumah walaupun 10 tahun struggle.

Kalau BPH kenakan syarat, mana-mana penjawat awam yang telah memiliki rumah sendiri berdekatan dengan tempat kerja, tidak layak atau perlu keluar dari kuarters. Mungkin sedikit sebanyak dapat menangani masalah ini.

Boleh juga letak tempoh untuk menetap di kuarters. Contohnya, 5 tahun, kalau nak lanjutkan tempoh, kena buat rayuan. Itu antara idea-idea yang aku dengar dari kakitangan kerajaan yang lain berkenaan dengan masalah memohon kuarters.

Keperluan kritikal perlu diutamakan dulu. Ini semua nak ikut queue kecuali llah kenal orang dalam yang berpangkat besar, memang senang. Tolak ke tepi undang-undang bodoh yang kata kalau bertugas di luar Putrajaya tidak layak memohon. Habis kalau kuarters terdekat hanya di Putrajaya, takkan tak layak memohon?

Kesan dari tiadanya sistem yang sesuai bagi menangani masalah kuarters BPH ini, tak lain tak bukan, rumah-rumah atau bilik-bilik sewa menjadi mahal. Sebab semua orang tahu, nak dapat kuarters sangat susah. Mula-mula penyakit rumah/bilik sewa mahal-mahal di dalam Putrajaya, lama kelamaan berjangkit ke kawasan-kawasan yang berdekatan. Masing-masing nak ambil peluang atas masalah kesukaran orang lain.

HAKIKATNYA,YANG TERLEBIH MAMPU HIDUP BERMEWAH-MEWAH DI KUARTERS SIAP BOLEH BUAT DUIT DAN SEMAKIN KAYA, YANG KURANG BERKEMAMPUAN TERPAKSA SURVIVE DENGAN PELBAGAI CARA UNTUK TERUSKAN HIDUP. SYABAS BPH

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

BPH (bahagian Pengurusan Hartanah) bukan bahagian Pinjaman Hartanah


January 21, 2015 at 4:21 PM
Anonymous said...

Saya cukup setuju dengan entri ini. Saudara dekat saya juga mengalami masalah yang sama. Baru sahaja ditawarkan bekerja di Putrajaya. Dengan gaji yang tidak seberapa (gred 17), macam mana dia nak 'survive' di Putrajaya yang serba serbinya mahal. Flat hijau yang sudah terserlah hanya sebuah 'flat' biasa, harga sewanya untuk sebulan sudah mencecah rm450, dan itu pun bilik berkongsi!! Saya sunnguh risau dengan nasib saudara saya. Bagaimana dia nak 'survive' dengan gajinya yang tidak seberapa tambahan pula dia seorang anak tunggal dan yatim. Itu baru kisah yang saya tahu, macm mana pula dengan orang yang lebih susah? Kerajaan seharusnya lebih peka dengan permasalahan ini. Jangan hanya turun padang waktu pilihan raya untuk meraih undi!! Pemimpin majoritinya hidup senang lenang, walhal segala kesusahan ditanggung rakyat.


May 2, 2015 at 9:43 AM
Unknown said...

saya agak pelik dgn sistem giliran yg di buat oleh pihak BPH ....yg sya rasa lagi pelik kenapa BPH sanggup membiarkan rumah kosong mana-mana yang dah keluar pindah kerja luar putrajaya atau dah beli rumah oleh penghuni lama .......... dalam blok sya duduk skrang nih ada dalam 10 rumah kosong dah setahun tak ada plakkk penghuni baru ..... tapi BPH selalu bagi alasan tak ada kekosongan .... saya pun memang tahu ramai yg duduk kuaters nih yg dah beli rumah sendiri berdekatan dgn Putrajaya .... masih duk kuaters yg dia beli rumah plakkk di sewa pd org tujuan utk rolling duit pinjaman bank ....yg berkereta mewah jangan citer sekali rasa mcam kuaters org kaya walhal yg duk kuaters tu kebanyakkan nya pembantu-pembantu


June 8, 2015 at 1:01 AM
Anonymous said...

Saya pun cukup setuju dengan entri ini.Saya dah setahun duduk kuarters di Putrajaya setelah lebih kurang 3 tahun menunggu...itupun sebab saya downgrade.Yang ikut gred sebenar, bru giliran yang ke-2000+++.Tapi saya tetap bersyukur kerana dapat masuk kuarters akhirnya.
Setiap isu yang disebut oleh penulis pernah berlaku pada kawan-kawan saya.
Situasi 1:
Kawan saya pernah menyewa 1 rumah kuarters (bukan bilik) dari kawan sepejabatnya...menurut ceritanya, kawan sepejabat tersebut baru dapat kuarters tetapi pada masa yang sama dia diarah berpindah ke Shah Alam, Selangor. Oleh kerana dia baru dapat setelah lama menunggu, sayang dia nak bagi balik kuarters tersebut.Katanya mana la tau dia akan berpindah balik ke Putarajaya. Sekarang, dah 4 tahun berlalu dan dia masih bertugas di Shah Alam tetapi kawan saya dah pindah ke Perak.
Situasi 2:
Kawan saya seorang lagi telah diarahkan berpindah ke Negeri Sembilan setahun yang lalu. Namun sehingga sekarang, dia masih belum menyerahkan kuarters yang duduki. Alasan dia, kalau dia ada tugas di Putrajaya, dia ada tempat menginap.

Semua orang yang pernah bertugas di Putrajaya sedia maklum betapa sukarnya mencari rumah atau bilik sewa dengan kadar yang murah atau berpatutan. Dengan kadar elaun perumahan wilayah (bagi Sabah & Sarawak) atau imbuhan tetap perumahan (bagi Semenanjung) yang diberikan pun tidak cukup untuk membayar sewa bilik/rumah di Putrajaya. Kalau nak kongsi pun, keadaan rumah sudah tidak selesa.
Jadi saya rasa oleh kerana keadaan ini, saya rasa tidak salah kalau kuarters yang sudah ada penghuni yang memang tinggal di dalamnya menyewa bilik-bilik yang ada sebagai nak tolong kawan.
Tentang orang yang tidak berpindah keluar walaupun sudah membeli rumah berhampiran Putrajaya, kalau tidak silap, pihak BPH telah menyatakan dengan jelas dalam syarat-syarat permohonan kuarters.
Dari kesemua isu2 yang dinyatakan oleh penulis, saya rasa isu utama adalah KURANGNYA PEMANTAUAN ATAU PENGUATKUASAAN dari ke semasa oleh pihak BPH ke atas pematuhan syarat-syarat duduk kuarters. Pihak BPH perlu memikirkan cara pemantauan yang berkesan untuk mengatasi isu2 ini.Selain dari itu, saya difahamkan pihak BPH memerlukan 6 bulan selepas pengosongan sebelum membenarkan penghuni baru masuk. Saya tidak pasti apa yang BPH buat pada rumah tersebut sehingga memerlukan masa sampai 6 bulan. Mungkin pihak BPH perlu memendekkan tempoh ini jika rumah yang ditinggalkan tidak ada masalah sangat.


July 10, 2015 at 3:22 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved