Walaupun ada yang meluat dengan Pengasas Qu Puteh atau paling tepat adalah Pengasas Kepada Vida Beauty, tetapi kami di Satrika mempunyai pandangan yang berbeza dari yang lain.
1) Seorang Yang Tabah.
Pada Bulan Ogos 2013 disaat orang Islam di Malaysia diuji dengan dugaan berpuasa, Pengasas Duta Produk ini diuji dengan kehilangan harta benda dan dua orang anak apabila rumahnya terlibat dengan kebakaran di Ipoh. Didalam kebakaran itu juga, seorang pekerjanya juga turut terkorban.
2) Dicemburui Orang Kaya.
Memetik sumber dari Beautifulnara, khabarnya Chef Wan terus memadamkan televisyen apabila dikatakan jelak melihat Pengasas Produk Qu Puteh.
3) Dicemburui Orang Miskin.
Tidak cukup dicemburui oleh orang kaya seperti Chef Wan, beliau juga dicemburui oleh orang miskin. Perbezaan antara orang kaya dan orang miskin yang cemburu kepada beliau ialah, Orang Kaya terus memadamkan televisyen manakala orang miskin terus menonton AJL sehingga habis walaupun dalam keadaan mengumpat.
4) Pakaian Yang Cantik dan Sopan.
Jujurlah kami tanya, pakaian beliau cantik-cantik kan? Siap dengan ‘bling bling’ lagi. Bukan setakat cantik, malahan pakaiannya juga kelihatan sopan. Selain itu, tampak mewah.
5) Bergambar dengan Anzalna Nasir.
Untuk point kelima ini, penulis juga tidak pasti kenapa kami harus suka bila beliau bergambar dengan Anzalna. Untuk makluman, kami di Satrika bukanlah peminat Anzalna. Tetapi kami sendiri tidak faham kenapa ada perasaan ini sewaktu melihat Anzalna bergambar dengan beliau.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment