Jika seseorang itu sudah mendapat BR1M, perubahan sikap yang ketara dapat dilihat. Contohnya seperti 5 contoh kelakuan dibawah.
1) Sentiasa Tersenyum
Selalunya mukanya ketat seperti mintak peluk. Tiba-tiba minggu ini bermula dari hari BR1M dimasukkan kedalam akaun dia sentiasa ceria dan berseri walaupun sering dimarah Boss, terpijak ‘chewing gum’ sewaktu dalam perjalanan ke pejabat dan yang paling ketara tetap tersenyum disaat keretanya digilis kereta kebal.
2) Malas Masuk Pejabat.
Walaupun BR1M dibayar secara berperingkat bagi individu yang sudah berkahwin, namun dia tetap merasakan dirinya sudah betul-betul kaya pada hari tersebut serta mencipta pelbagai alasan untuk tidak masuk pejabat.Paling kritikal, tidak gentar walaupun diugut hendak dipecat kerana BR1M jika bijak digunakan cukup untuk setahun.
3) Pendiam.
Jika dahulu, dia seorang yang bising dan menggamitkan suasana baik didalam bas, pejabat mahupun dirumah, tiba-tiba bertukar menjadi pendiam sebab takut kena belanja orang lain makan. Perubahan sikapnya yang drastik itu mengakibatkan orang lain membuat spekulasi yang dia sudah ‘buang tebiat’ dan mungkin tidak akan lama lagi.
4) Telefon Tak Angkat, Mesej Tak Jawab
Sebenarnya, point yang no 4 ini sama dengan point di no 3. Segelintir penerima BR1M akan mula menunjukkan tanda-tanda malas untuk mengangkat panggilan telefon mahupun menjawab mesej kerana dikhuatiri pemanggil tersebut cuba meminjam wang dan minta belanja makan.
5) Memuji-muji Perdana Menteri
Jika dahulu, tiap kali ada perbincangan ilmiah di kedai-kedai kopi dia sering menjadi penentang kerajaan, ataupun seseorang itu ‘neutral’ (tidak memihak kepada sesiapa) kononnya. Tiba-tiba dia menjadi seorang pembela. Pantang sahaja mendengar atau terbaca yang kononnya ada individu cuba menghina Perdana Menteri, dialah orang yang akan mempertahankan sehingga ketitisan darah yang terakhir. Paling kronik lagi, apabila dia sedaya upaya mengajak ibu/bapa, teman-teman ke ‘Down Town’ semata-mata hendak mencari sehelai T-shirt ‘I Love PM’
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment