ONEXOX
BannerFans.com

Ambil tanah kubur TG Nik Aziz, jangan buat khurafat kata Nik Abduh

on Saturday, February 14, 2015



Nik Mohamad Abduh, anak allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan ora#ng ramai supaya mengikut sunah Nabi Muhammad SAW ketika menziarahi pusara ayahnya itu.

Beliau berkata orang ramai diminta untuk tidak melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai khurafat ketika menziarahi pusara allahyarham.

“Saya nasihat kepada rak#yat Malaysia yang datang ziarah hendaklah menepati sunah Nabi Muhammad SAW kerana ziarah keluarga dan tok guru adalah sama.

“Perlu berdoa dan mengambil peringatan untuk diri sendiri, jangan tambah (melakukan) benda yang bersifat bidaah dan khurafat kerana ia akan membatalkan amalan soleh kita sendiri,” katanya di kediamannya di Pulau Melaka, hari ini.




Nik Abduh berkata demikian k#etika diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya terdapat segelintir masyarakat yang mengambil tanah di pusara berkenaan untuk dijadikan azimat dan sebagainya.

Tinjauan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka mendapati orang ramai tidak henti-henti menziarahi pusara bekas menteri besar Kelantan itu.

Beliau meninggal dunia di kediam#annya di Pulau Melaka pada 9.40 malam, Khamis ketika berusia 84 tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka itu dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian di sini, kira-kira 8.40 malam hari yang sama setelah dirawat di hospital itu sejak 19 Januari lepas kerana kanser prostat.

Jenazah allahyarham dikebumikan di T#anah Perkuburan Islam Pulau Melaka, pada 11.30 pagi semalam.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved