ONEXOX
BannerFans.com

Harga rumah di PD mahal

on Tuesday, February 10, 2015




LUKUT – Pemaju perumahan diingatkan supaya tidak terlalu mengejar keuntungan dengan mengambil kesempatan menai#kkan harga rumah terlalu tinggi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Datuk Ab Khalid Mat berkata, harga rumah sekitar RM500,000 hingga RM800,000 dianggap terlalu tinggi untuk penduduk di daerah ini.

"Penduduk di sini tidak biasa dengan harga seperti itu. Oleh itu pemaju perlu memikirkan strategi dan pendekatan untuk membina dan menjual rumah dengan kadar harga mampu milik dan bukan sem#ata-mata memikirkan strategi untuk mengejar keuntungan besar,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian dan Pelancaran Projek Perumahan Taman Lukut Lagenda, Lukut, kelmarin.

Hadir sama pemaju projek, Pengarah Aspire Jomes Sdn Bhd, Datuk Arivalaag.

Ab Khalid berkata, pemaju juga perlu memikirkan# bagaimana hendak menjual rumah ataupun bangunan premis perniagaan dengan kadar harga mampu milik.




“Kerajaan melalui jabatan tertentu sentiasa bersama-sama pemaju untuk berbincang mengenai perkara ini.

“Dengan itu, kita akan dapat mengekalkan harga rumah di negeri ini dengan kadar harga berpatutan. Namun pemaju masih bol#eh menjana keuntungan serta masyarakat mampu membeli dan memiliki rumah dengan harga mampu milik,” katanya.

Ab Khalid memberitahu, walaupun harga ditawarkan adalah harga mampu milik, pemaju diingatkan supaya memastikan bangunan dibina berkualiti.

“Kita tidak mahu sebaik sahaja tempoh di bawah jam#inan atau penyelenggaraan tamat, timbul isu kerosakan dan sebagainya sehingga mendatangkan rasa tidak selesa kepada penghuni.

“Pemaju perlu sentiasa memastikan produk mereka berkualiti untuk membeli keyakinan orang ramai,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, projek perumahan Taman Lu#kut Lagenda adalah salah satu projek terbengkalai yang kini sedang di usahakan kembali oleh kontraktor penyelamat.

Sebanyak 86 unit rumah semi D dan 12 banglo akan dibina di Taman Lukut Lagenda dan dijangka siap dalam tempoh #dua tahun dengan harga RM699,000 hingga RM1,188,990 seunit.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved