ONEXOX
BannerFans.com

Caliph Buskers Sangkal Dah Mula Pandai Sombong

on Tuesday, February 10, 2015



PETALING JAYA – Kumpulan Caliph Buskers menyangkal dakwaan kononnya mereka mula bersikap sombong apabila memilih projek ditawarkan sejak muncul di pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) ber#sama Mojo.

Vokalis utama kumpulan itu, Khairul Azmi Saat atau Azmi, 28, berkata, mereka masih sebuah kumpulan muzik jalanan seperti mana sebelum ini malah tetap menerima jemputan mengadakan persembahan di majlis perkahwinan.

“Kami masih seperti dahulu. Tiada apa yang berubah apatah lagi untuk bersikap memilih terhadap jemputan yan#g dibuat kepada kami.

“Selain persembahan jalanan dan jemputan beberapa acara hiburan kami masih menerima undangan persembahan di majlis perkahwinan dan tiada sebab mengapa kami perlu menolak,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Azmi berkata, dia berharap gosip berkenaan tidak membuatkan pihak yang ingin mengundang mereka m#engadakan persembahan berasa takut kerana mereka tidak bersikap memilih.

“Kami adalah kumpulan buskers dan mencari kekayaan bukan tujuan utama kami. Gosip sebelum ini diharap tidak akan membuatkan ada pihak berfikir dua kali untuk menjemput kami.




“Apa yang penting kami dapat mengh#iburkan masyarakat dengan muzik dan akan memberikan yang terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, Azmi berkata, dia tidak terkilan apabila ada cakap-cakap sedemikian terhadap Caliph Buskers kerana ia tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus mengejar cita-cita dalam bidang muzik.

Malah kata Azmi, sokongan yang dite#rima daripada peminat sudah cukup untuk mematahkan kata-kata negatif tersebut dan sentiasa mengenang jasa mereka yang banyak membantu sehingga ke tahap ini.

“Cerita berkenaan tidak melemahkan kami dan ia hanya perkara kecil. Pada yang mengenali kami mereka tahu itu bukan sikap Caliph Buskers.

“Kami bersyukur kerana ada penyoko#ng dan peminat yang sentiasa mendoakan kebaikkan untuk kami dan itu membuatkan kami terus bersemangat untuk terus menghiburkan masyarakat,” jelasnya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved