ONEXOX
BannerFans.com

Hasut Rakyat, Polis Buru Zunar & Nga Kor Ming

on Tuesday, February 10, 2015



"Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari," itulah ungkapan yang sesuai buat beberapa pemimpin pembangkang yang sebelum ini yakin bahawa Anwar Ibr#ahim akan dibebaskan dari tuduhan meliwat.

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Anwar Ibrahim bersalah dan hukuman penjara lima tahun dikekalkan, mengundang ketidakpuasan hati beberapa pemimpin pembangkang.

Ekoran dari itu, mereka m#engambil tindakan menghasut rakyat melalui laman Twitter kononnya keputusan Mahkamah Persekutuan itu telah dirancang oleh pihak lawan.




Zunar dalam tweetnya berkata, "Barua-barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan,"

Begitu juga dengan Nga Kor Ming, "Ra#kyat berdoa untuk Datuk Seri Anwar tetapi tidak kesampaian. Sudah tiba masa rakyat menentang rejim yang Zalim,".

Tweet kedua-dua individu terbabit telah menarik perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, yang menganggap tindakan mereka itu sengaja menghasut para penyokong pembangkang.

Tindakan mereka itu menyebabkan Ketua# Polis Negara mengarahkan polis mengambil tindakan terhadap mereka dan siasat di bawah Akta Hasutan.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved