ONEXOX
BannerFans.com

VIDEO SAYU WANITA TANGISI KEMATIAN 2 EKOR KUCINGNYA VIRAL DI FACEBOOK

on Tuesday, February 10, 2015


Sedih, Ella Tompel terpaksa membuat keputusan mematikan 2 ekor kucing kesayangann#ya.

Video seorang wanita sedih dan menangis akan kematian dua ekor kucingnya tersebar di laman Facebook.

Ella Tompel, anak kepad#a pelakon veteran, Amran Tompel, membuat rakaman video bagi memaklumkan perkembangan terkini dua ekor kucingnya yang sakit.

Difahamkan, salah seekor kucingnya bernama Blacky mengalami penyakit sawan. Manakala, Jojie, juga menghidap penyakit yang sama namun masih di peringkat awal.

Ella menghantar kedua-dua kuc#ingnya itu ke Klinik Veterinar Muezza untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, doktor klinik terbabit menyarankan agar dua ekor kucingnya dimatikan supaya tidak menyeksa haiwan itu.

Bagaimanapun, keputusan itu terletak di bahu Ella untuk menentukan hidup mati kucing kesayangannya.





Jelas doktor tersebut, walaup#un bertahan dengan rawatan terapi, vaksin, hasilnya tetap sama kerana dalam masa menunggunya mati, kucing-kucing Ella akan terseksa.

Ella terpaksa membuat keputusan mematikan dua ekor kucingnya yang menyebabkan dia sedih kerana tidak dapat menyelamatkan kucing kesayangannya itu.

"Dia tak minta dia sakit macam tu. Di#a tak minta makanan mahal-mahal, dia tak minta jaga dalam rumah beraircond ke ape tapi orang boleh buat macam tu sekali. Sebelum ini dia sihat, semenjak dia sakit," katanya dalam video itu.





Difahamkan, rakaman video ini bertujuan untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada para pencinta kucing yang telah memberikan sumbangan kepada Ella Tompel untuk membiayai kos rawatan dua kucingnya itu.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada ya#ng bagi sumbangan itu. Nanti saya akan update resit-resit semua, gambar-gambar last dia yang saya tangkap. Saya minta maaf," katanya.

Takziah kami ucapkan buat Ella Tompel. Sesungguhnya membuat keputusan untuk PTS kucing kesayangan, bukannya mudah kerana ia membabitkan nyawa. Namun, dari melihat mereka terseksa, kami faham mengapa anda membuat keputusan yang amat sukar itu.



Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved