ONEXOX
BannerFans.com

ISU TUNTUTAN POPIAH, INDON MEMILIKI AKAL FIKIRAN CETEK & PENDEK - CHEF WAN

on Monday, February 23, 2015




KUALA LUMPUR - Tuntutan aktivitis Indonesia terhadap popiah yang didakwa berasal dari Semarang, Indonesia itu #mendapat reaksi dari Chef Wan yang menyelar tindakan rakyat negara jiran itu tidak cerdik dan pendek akal.

Chef Wan, melalui laman Instagramnya berkata, adalah sukar apabila terdapat manusia yang memiliki akal fikiran yang cetek dan pendek.

Menurut beliau, kebanyakan mereka yan#g melakukan demonstrasi itu tidak pernah ke luar negara dan berkesempatan melihat popiah atau spring roll yang mereka (Indonesia) gelar sebagai Lumpia Semarang itu berada di serata dunia dan direka sejak zaman dahulu lagi dengan diberi pelbagai gelaran nama.




"Dari negara China hingga Filipina, juadah yang mereka panggil Lumpia sehinggalah ke Mexico yang diberi nama Chimicanga dan macam-macam lagi. Ideanya adalah sama iaitu makanan yang dibalut dan digolong lalu digoreng.

“Di Thailand mahupun Vietnam turut memp#unyai spring roll versi mereka sendiri dan tidak pula mereka itu menyalak ke negara Asing seperti yang Indonesia lakukan.

“Sungguh memalukan. Tidak ada isu lain ke hendak mencari pasal?

“Sudahlah dunia di luar kecoh dengan orang bergaduh disebabkan pelbagai isu dan Allah turunkan makanan enak-#enak supaya kita menjamu serta bergembira dan bersahabat bukannya suruh berperang. Islam ke orang-orang macam itu,” soalnya.

Paling peliknya, Malaysia tidak pernah menuntut bahawa popiah sebagai makanan warisan. Jelas sekali rakyat Indonesia sendiri cuba menimbulkan isu dan mengeruhkan hubungan di an#tara Indonesia dan Malaysia.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved