KUALA TERENGGANU - Mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan pada seorang janda kerana kesa#lahan khalwat.
Asrina Ambak, 51, (warga Perak, sikit masa lagi nak jadi emas), dari Kampung Kubang Kurus, Kemaman turut dikenakan hukuman denda RM3,000 kerana mengulangi perbuatan terkutuk itu buat kali ketiga.
Wanita itu dan pasangannya, Jo#hari Ismail, 49, (duda) dari Kampung Padang Pulut, Dungun juga didakwa mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
Pasangan bukan mahram itu ditangkap oleh sepasukan anggota dan pegawai penguatkuasa Syariah Daerah Kemaman pada 21 Januari di sebuah rumah di Kampung Kubang Kurus pada jam 1.17 pagi.
Difahamkan, Asrina pernah dijatuhi #hukuman denda RM1,500 atau 6 bulan penjara pada 15 September 2002 dan denda RM1,800 atau 7 bulan penjara pada 4 Julai 2004 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu selepas mengaku bersalah di atas kesalahan yang sama.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment