ONEXOX
BannerFans.com

Kerana sambal belacan, suami 
potong kepala isteri

on Friday, February 20, 2015




SAROLANGUN, Jambi – Hanya kerana sambal, seorang suami sanggup bertindak kejam memenggal kepala isteriny#a sehingga putus dalam kejadian tragis di Desa Taman Bandung dekat daerah Paud, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Pauh, AKP Darmawan berkata, pembunuhan sadis itu berlaku di kebun milik pasangan suami isteri terbabit, Hendi, 35, dan Riska, 37, ketika waktu makan tengah hari.

Jelas Darmawan, pada awalnya mangsa da#n suspek bertengkar selepas makan bersama, tetapi tindakan Riska memarahi suaminya kerana menghabiskan sambal, membuatkan Hendi berang sehingga bertindak melibas parang ke leher mangsa sehingga luka.




“Tidak cukup setakat itu, 
Hendi terus mengayunkan 
parang sebanyak dua kali lagi 
ke bahagian leher isterinya 
sehingga putus.

“Apabila selesai, Hendi ­meninggalkan loka#si kejadian dengan membawa kepala Riska dan me­ninggalkan tubuh mangsa,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita Tribunjogja.

Polis kemudiannya dimaklumkan tentang hal tersebut oleh orang ramai dan bertindak menahan Hendra untuk tindakan lanjut.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved