ONEXOX
BannerFans.com

Sirul belum sebut nama Najib dah mengelabah beruk

on Friday, February 20, 2015




SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya tidak perlu menjawab ketika diajukan soalan mengenai kenyataan bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar bahawa dia diarah pihak atasan dalam kes pembunuhan model Mong#olia, Altantuya Shaaribuu.

Ketua Jabatan Komunikasi Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Khairie Ahmad berkata, pastinya jawapan ‘mengarut’ yang diberikan Najib mengenai isu itu boleh menimbulkan pelbagai tanggapan.

“Polemik timbul apabila cara Najib jaw#ab seolah-olah ingin mengetepikan persoalan tersebut atau menidakkan kemungkinan tentang perkara itu.

“Secara profesional sepatutnya, Najib jawab pertanyaan itu tidak sesuai ditanya dalam konteks tersebut dan mungkin perlu dijawab dalam keadaan lain atau pada sidang media yang lebih tersusun,” katanya.

Kata Mohd Khairie, pada pandangannya, jaw#apan Najib ketika itu mungkin reaksi spontan disebabkan beliau tidak bersedia menjawab soalan tersebut.

“Cara Najib jawab, saya letakkan dia dalam konteks keadaan semasa majlis itu yang kurang selesa atau mungkin beliau ingin untuk meneruskan acara atau beredar.

“Walau bagaimanapun, disebabkan ini kes ber#profil tinggi, sebagai penganalisis komunikasi saya lihat tidak sesuai Najib mengetepikan pertanyaan tersebut dengan cara demikian,” katanya.




Menurutnya, ini kerana Najib sendiri pernah dikaitkan dengan kes tersebut.

Sementara itu, Mohd Khairie turut menyokong pandangan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa polis tidak se#harusnya mengetepikan dakwaan baharu yang diberikan individu yang terlibat dengan kes tersebut.

“Pihak berkuasa termasuk polis, jangan cepat melatah dan dengan mudah mengetepikan semua ini.

“Sewajarnya polis nilai kewajaran dan sejauh m#ana fakta-fakta itu boleh dikaji, sama ada untuk dibuka semula atau perlu diberi perhatian.

“Bukan dengan cara menolak dengan mudah,” katanya.

Oleh itu kata Mohd Khairie, penting bagi keraj#aan mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk memberi pencerahan terhadap perkara tersebut.

“Kes ini sedang diperhatikan seluruh dunia. Jadi ada kewajaran Pejabat Peguam Negara boleh berbincang dengan kerajaan dan perlu ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.

“Sekiranya ini tidak dilakukan, persepsi dun#ia akan beri kesan kurang baik kepada Malaysia walaupun keputusan mahkamah telah diperoleh,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved