ONEXOX
BannerFans.com

LUAHAN SAYU PENGGUNA DITINDAS ASTRO TERSEBAR

on Thursday, February 12, 2015



Seorang pengguna ASTRO meluahkan kekecewaan terhadap syarikat penyiaran swasta berkenaan yang telah menyusahka#n beliau.

Menurut wanita berkenaan, dia telah menamatkan langganan ASTRO dan telah diarahkan agar set dekoder, remote dan kad dikembalikan kepada ASTRO dalam masa 30 hari.

Tidak seperti sebelum ini yang mana AS#TRO hanya meminta kad dekoder dikembalikan.

Melihat syarat itu sebagai tindakan yang membebankan dirinya, wanita itu meluahkan rasa kecewanya dengan ASTRO.

"Wah! Banyak untung ya. Dahlah terikat de#ngan kontrak masa mula-mula ambil (langgan). Buat promosi bukan main. Suruh tukar dekoder la, pakej ini dan itulah. Letih betul. Takkan tak boleh lantik agen untuk collect benda-benda tu? Pelik sungguh.



"Kata dah maju, kaya raya dah ASTRO ni. Orang-orang jual kecil-kecilan pun ada pakej delivery dan pick up," katanya.

Difahamkan wanita berkenaan dalam proses #memohon TM UNIFI bagi menggantikan langgan ASTRO yang didakwanya mencekik darah pengguna.




"Dahlah bukan setiap daerah ada tempat yang boleh terima set yang nak dipulangkan ni. Adoii.. tambang teksi saya siapa mau bayar? Kalau tak hantar, ASTRO nak penalti pula saya RM500," keluhnya.

Wanita berkenaan merasakan dirinya ditindas# oleh ASTRO. Namun rakan-rakannya telah menasihatkan agar beliau melaporkan perkara berkenaan terhadap Tribunal Pengguna.

*ASTRO tak minta sekali ke piring terbang dia?

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved