Sebut saja nama Wan Maimunah, sudah pasti ramai yang kenal dengan pelakon ini yang seringkali dijadikan troll di laman Face#book gara-gara iklan pesanan masyarakat di mana Wan Maimunah diragut sebanyak tiga kali.
Wan Maimunah Abdul Aziz, 61, menyifatkan pembukaan Restoran Haji Pool di Larkin Idaman merupakan hadiah yang paling bermakna buat dirinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya yang pertama dengan suami, Makpol Saimon, 54.
Wan Maimunah yang mesra dipanggil ibu, t#elah lama mengimpikan membuka sebuah restoran selepas mengusahakan perniagaan yang dikenali sebagai Kacang Pool Haji, sejak 20 tahun yang lalu.
"Alhamdulillah, ibu sangat bersyukur dengan izin Allah. Impian suami untuk membuka sebuah restoran yang menjadi impiannya sejak sekian lama dan paling bermakna ia genap setahun kami bernikah," katanya.
Wan Maimunah kini memberikan fokus terhad#ap rumah tangga serta membantu perniagaan suaminya bagaimanapun menegaskan dia tidak akan meninggalkan industri seni yang telah menjadi minatnya sejak dari awal pengelibatannya.
Makpol pernah meminta Wan Maimunah untuk tidak berhenti berlakon, namun dengan statusnya yang kini menjadi isteri orang, dia perlu lebih selektif, bukan sahaja dari aspek watak, namun lokasi pengambaran juga perlu diambil kira.
“Ibu juga tidak boleh berjauhan dengan suami da#lam tempoh lama, malah suami juga meminta ibu menguruskan restoran ini kerana ia adalah salah satu cara mempromosikan perniagaan bagi menarik lebih ramai pelanggan,” katanya.
Pelakon air mata ini juga menjelaskan, suaminya sentiasa menyokong karier isterinya dalam bidang lakonan dengan syarat watak yang diterima lebih kepada imej muslimah.
“Saya lebih suka sekiranya isteri membawakan wata#k dan imej muslimah dan bersesuaian dengan usia. Dalam usia begini mencari keredhaan Allah untuk membawa bekalan ke sana adalah paling utama,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment