ONEXOX
BannerFans.com

Pendedahan Hafiz Hamidun Mengenai Kematian Nik Aziz

on Thursday, February 12, 2015

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam semalam  di rumah#nya.

Sejarah bukan saja mencatatkan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan paling lama, bermula 1990 hingga 2013 tetapi juga seorang ahli politik paling kontroversi.

Nik Aziz atau lebih dikenali sebagai Tok Guru dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpega#ng kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada 1931.

Beliau yang mendapat pendidikan di India, Pakistan sebelum mendapat Sarjana Perundangan Islam di Mesir pada tahun 1960-an.

Selepas pulang ke tanah air, Nik Aziz yang ketika itu berusia 31 tahun, melangsungkan perkahwinan dengan seor#ang gadis, Tuan Sabariah Tuan Ishak, yang juga pilihan kedua orang tuanya.

Bapa kepada 10 cahaya mata itu memasuki PAS pada 1967 dan dipilih sebagai calon Ahli Parlimen Kelantan Hilir berikutan kematian Ahmad Abdullah pada 1969. Beliau menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu sehingga 1986 sebelum berpindah ke Dewan Undangan Negeri Semut Api.

Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar# Kelantan pada 1990 selepas pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menang dalam Pilihan Raya Umum dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Sepanjang menjadi Menteri Besar selama 23 ta#hun, Nik Aziz terkenal dengan kelantangannya sehingga menimbulkan banyak kontroversi.




Antara kontroversi yang dicetus Nik Aziz adalah menjelang Pilihan Raya Umum 1999, apabila beliau mengemukakan kiasan ‘tak salah berkawan dengan syaitan’ yang merujuk kepada ‘perkahwinan’ antara parti PAS dengan DAP.

Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan ”Tuh#an pun mencarut’, ‘Tuhan gedebe’ serta ungkapan UMNO tidak Islam seperti yang sering dikatakannya.

Pada Mei 2013, sebaik sahaja PAS mendapat mandat memerintah Kelantan dalam Pilihan Raya Umum, Nik Aziz melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan diganti oleh Datuk Ahmad Yaakub.

Ia adalah satu kejutan terutama bagi rakyat Ke#lantan dan khasnya ahli PAS sendiri kerana sebelum itu tiada ura-ura yang beliau akan melepaskan jawatannya itu.

Walaupun tidak lagi menjawat jawatan Menteri Besar, beliau masih lagi berkhidmat sebagai Mursyidul Am PAS dan sering memberi komen terhadap pelbagai isu politik semasa.

Dalam pada itu, penyanyi nasyid terkenal, Hafiz Hamidun telah memuatnaik satu status di twitter mengenai kematian Nik Aziz yang sangat mengejutkan. Korang baca kat bawah ni



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Al-fatihah,tuan guru yang kita sayangi


February 12, 2015 at 10:53 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved